Wednesday, November 01, 2017

RESEPI AYAM MASAK BALI

BAHAN BAHAN
1 ekor ayam
serbuk kunyit
garam secukup rasa
8 batang serai, dititik
6 tangkai daun kari
1 senduk cili kisar
3 sudu besar kicap manis
minyak masak
gula melaka atau gula pasir
sedikit air

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
5 biji bawang besar
10 biji bawang merah
10-12 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci belacan

CARA PENYEDIAAN:

1. Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam. Goreng di dalam minyak panas sehingga separuh masak.

2. Dalam minyak yang sama (kurangkan jika terlalu banyak) anggaran 1 cawan, tumis serai dan daun kari sehingga naik bau.

3. Masukkan cili kisar dan bahan kisar halus. Masak sehingga pecah minyak.

4. Masukkan ayam, kicap, gula dan garam secukup rasa. Tuang sedikit air dan kacau perlahan sehingga kuah menjadi pekat. Jika kuah agak kering tambahkan lagi sedikit air. Apabila kuah sudah pekat dan pecah minyak, angkat dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment