Sunday, October 21, 2018

IKAN BAWAL GORENG BERSOS

Ikan Bawal (Bramidae) merupakan satu famili ikan dalam susunan Perciformes. Secara amnya ikan Bawal terbahagi kepada dua jenis iaitu bawal putih dan hitam. Ikan bawal putih dikatakan lebih tinggi permintaannya berbanding yang bawal hitam.Ikan Bawal banyak terdapat di Lautan Hindi selain Afrika, Malaysia dan Jepun.Ikan Bawal hidup dan berenang secara berkumpulan. Biasanya pada musim tertentu bawal cermin boleh didapati dengan banyak. Ia juga dikatakan sering didapati beriringan dengan udang di dasar laut. Pergerakan spesies bawal dalam berkawan menjadikannya sebagai tangkapan yang sesuai dengan menggunakan pukat. Bagaimanapun ia boleh ditangkap menggunakan pancing dan rawai.Ikan bawal sering kali menjadi pilihan utama sebagai hidangan istimewa di meja pengantin atau meja utama.

IKAN BAWAL GORENG BERSOS
BAHAN BAHAN
1 ekor ikan bawal  
1/2 labu bawang besar (blend) 
3 ulas bawang merah (blend) 
2 ulas bawang putih (blend)
3 sudu besar cili giling 
1/2 labu bawang besar (dadu) 
1 biji epal hijau granny smith (dadu kecil)
1/2 biji capsicum merah (dadu kecil)
1/2 biji capsicum kuning (dadu kecil) Buah tomato/tomato ceri Daun kucai  (untuk hiasan)
2 sudu besar sos cili Maggi®
1 sudu besar sos tiram Maggi®
2 sudu besar sos tomato Maggi®
Sedikit Maggi® CukupRasa™ 
Sedikit kunyit Minyak  Air 

PROSES PENYEDIAAN
Ikan dicuci bersih, lap dengan kitchen towel.

Kemudian perasakan dengan sedikit Maggi® CukupRasa™ dan kunyit. Goreng hingga masak.Ketepikan

Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang besar (dadu) hingga layu. Masukkan bahan kisar tumis sebentar hingga agak garing. Kemudian masukkan cili giling, tumis hingga pecah minyak. 

Satukan semua sos ke dalam mangkuk kecil (sos cili Maggi®, sos tomato Maggi® dan sos tiram Maggi®) masukkan sedikit air (lebihkan air jika suka banyak kuah) Tuangkan ke dalam tumisan.Sesuaikan rasa, tambah sedikit Maggi® CukupRasa™ (tak perlu masukkan garam dan gula sebab Maggi® CukupRasa™ dah lengkap semuanya)

Renehkan sebentar, supaya kuah pekat. Masukkan epal hijau, capsicum dan daun kucai(simpan sedikit untuk hiasan).Gaul sebati.Jika suka yang masih rangup boleh terus tutup api.Kalau suka yang lembut siket, biarkan sebentar atas api.Kemudian tutup api

Tuangkan sos ke atas ikan yg telah digoreng tadi.Taburkan daun kucai Dah siap.Senang kan? Ada Maggi® CukupRasa™ kerja memasak jadi lebih mudah


No comments:

Post a Comment