Monday, October 22, 2018

RESEPI IKAN BAWAL MASAK TAUCU

Ikan Bawal (Bramidae) merupakan satu famili ikan dalam susunan Perciformes. Secara amnya ikan Bawal terbahagi kepada dua jenis iaitu bawal putih dan hitam. Ikan bawal putih dikatakan lebih tinggi permintaannya berbanding yang bawal hitam.Ikan Bawal banyak terdapat di Lautan Hindi selain Afrika, Malaysia dan Jepun.Ikan Bawal hidup dan berenang secara berkumpulan. Biasanya pada musim tertentu bawal cermin boleh didapati dengan banyak. Ia juga dikatakan sering didapati beriringan dengan udang di dasar laut. Pergerakan spesies bawal dalam berkawan menjadikannya sebagai tangkapan yang sesuai dengan menggunakan pukat. Bagaimanapun ia boleh ditangkap menggunakan pancing dan rawai.Ikan bawal sering kali menjadi pilihan utama sebagai hidangan istimewa di meja pengantin atau meja utama.

RESEPI  IKAN BAWAL MASAK TAUCU
BAHAN-BAHAN
2 ekor ikan bawal, saiz sederhana
2 inci halia, hiris halus memanjang
4 ulas bawang putih, hiris halus
3 biji bawang merah, hiris halus
3 sudu besar taucu
1 mangkuk kecil air asam jawa
1 biji bawang besar, potong bulat
4-5 biji cili padi, belah tengah
daun bawang untuk hiasan
sedikit minyak untuk menumis

PROSES PENYEDIAAN
Gaul ikan bawal bersama garam dan kunyit sehingga dan goreng di dalam minyak panas sehingga garing.

Dalam kuali berasingan, panaskan 3 sudu besar minyak masak dan tumis halia, bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan dan naik bau.


Masukkan taucu dan air asam jawa. Kacau sehingga mendidih. Tambahkan sedikit air supaya berkuah.

Masukkan pula ikan bawal yang digorang tadi bersama bawang besar dan cili padi. Tambah gula dan garam secukup rasa. Tutup api apabila bawang sudah layu.Hidangkan ikan bawal bersama taburan daun bawang


No comments:

Post a Comment