Monday, October 22, 2018

RESEPI RESEPI BAKSO

Bakso ialah sejenis makanan Indonesia yang merupakan bebola daging. Bakso biasanya dibuat daripada campuran daging lembu dan tepung ubi kayu, tetapi boleh juga dibuat daripada daging ayam, ikan atau udang. Biasanya bakso disediakan dalam sup lembu dengan mi kuning atau bihun dan mengandungi sayur jeruk, taufu, kailan, taugeh, Siomai (sejenis Dim Sum), kulit Wanton goreng dan dihidangkan bersama bawang goreng dan daun saderi. Bakso boleh didapati di seluruh Indonesia dan dijual oleh penjaja dan restoran. Kini bakso juga dijual dalam bentuk makanan beku yang senang didapati di pasaraya di seluruh Indonesia. Bakso boleh juga dihiris dan dimasak dalam masakan mi goreng, nasi goreng atau Cap Cai (sayur campur).

Bakso dipercayai berasal daripada masakan peranakan Tionghoa Indonesia. Kini terdapat dua jenis bakso yang terkenal iaitu Bakso Solo dan Bakso Malang. Bakso Solo berasal dari Jawa Tengah manakala Bakso Malang berasal dari Jawa Timur


RESEPI RESEPI BAKSO
BAHAN-BAHAN
* Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)
* Taugeh
* Kobis dihiris halus

* * KUAH
* 3 biji bawang merah dihiris
* * 3 ulas bawang putih
* *1/2 inci halia
* *1sk lada sulah biji
* 1 batang serai diketuk
* 1 sb pati daging / pati ayam
* sedikit serbuk lada sulah
* garam n perasa

BAHAN-BAHAN BEBOLA DAGING :
Daging lembu segar 1000 gm (1 kg).
5 batang Serai.
Bawang Merah 2 biji.
1 biji Bawang putih (+-10 ulas).
Lemak sayuran (mayonis) 300 gm.
 Jintan halus & ketumbar 40 gm.
1 camca garam.
Sedikit. Lada sulah.
Sedikit. soda bikarbonat.
Tepung sagu 500 gm.
100 gm tepung ubi.
Tepung gandum 200 gm.
Gula Halus 40 g.
Halia 20 gm.
 Air batu 150 gm.

CARA MEMBUAT BEBOLA DAGING :
Kisar dan gaul semua kecuali lemak sayuran.

Perapkan adunan kira-kira 15 minit.

Masuk dan gaulkan adunan dengan lemak sayuran.

Bentukkan adunan menjadi bulat.

Rebus dengan kadar 68 ยบ C (dengan api kecil) hingga bebola timbul.
Angkat, toskan dan biarkan sejuk dan boleh lah dimasukan kedalam sup Bakso.

CARA-CARANYA :
Utk kuahnya, Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.

Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.


Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola daging. Boleh juga guna mee lain.

No comments:

Post a Comment