Sunday, October 21, 2018

RESEPI KARI AYAM BERKERISIK

Kerisik ialah sejenis rempah yang dibuat daripada kelapa. Kelapa yang diparut atau dikukur, digoreng (tanpa minyak) dan kemudiannya digiling hingga lumat. Kerisik berwarna coklat gelap dan ia boleh dibuat sendiri atau dibeli dari kedai-kedai runcit. Kerisik digunakan untuk beberapa masakan tradisional seperti rendang dan kari; penggunaannya amat popular di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia dan Singapura.
BAHAN BAHAN
  • 1/2 ekor ayam (cuci dan ditos)
  • 2 biji kentang (dipotong bulat)
  • 3 sudu besar serbuk kari daging
  • 1/2 cawan santan
  • 1 paket kecil kerisik
  • 1 kiub stok ayam
  • garam
  • 3@4 tangkai daun kari (asingkan daun dan tangkai)
  • air
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 4 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)

CARA PENYEDIAAN
  • Tumis bawang besar, bawang putih halia dan daun kari sehingga wangi.
  • Masukkan serbuk kari dan sedikit air. Biarkan sehingga pecah minyak.
  • Masukkan ayam, kentang dan sedikit lagi air. Biar mereneh sehingga kentang empuk.
  • Masukkan kiub stok ayam & kerisik. Kacau sehingga larut. Masukkan santan dan garam. Masak hingga mendidih.

No comments:

Post a Comment