Monday, October 22, 2018

IKAN BAWAL MASAK BALADO

Ikan Bawal (Bramidae) merupakan satu famili ikan dalam susunan Perciformes. Secara amnya ikan Bawal terbahagi kepada dua jenis iaitu bawal putih dan hitam. Ikan bawal putih dikatakan lebih tinggi permintaannya berbanding yang bawal hitam.Ikan Bawal banyak terdapat di Lautan Hindi selain Afrika, Malaysia dan Jepun.Ikan Bawal hidup dan berenang secara berkumpulan. Biasanya pada musim tertentu bawal cermin boleh didapati dengan banyak. Ia juga dikatakan sering didapati beriringan dengan udang di dasar laut. Pergerakan spesies bawal dalam berkawan menjadikannya sebagai tangkapan yang sesuai dengan menggunakan pukat. Bagaimanapun ia boleh ditangkap menggunakan pancing dan rawai.Ikan bawal sering kali menjadi pilihan utama sebagai hidangan istimewa di meja pengantin atau meja utama.

RESEPI  IKAN BAWAL MASAK BALADO
BAHAN-BAHAN

1 ekor ikan bawal saiz sederhana
4 tangkai cili merah  ]dipotong
4 tangkai cili hijau          
3- 5 tangkai cili padi     
1 labu bawang besar     
1 keping asam gelugur 
2 batang serai-diketuk
1 biji limau kasturi
1 sm belacan-dibakar
3 labu bawang merah  ]dihiris
2 ulas bawang putih     
Sedikit minyak dan air
Garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA MEMBUAT:
Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. Goreng dalam minyak yang banyak hingga separa garing.

Angkat dan ketepikan.Menggunakan minyak yang sama, goreng cili merah, cili hijau, cili padi, bawang merah dan bawang putih selama 3 minit.Angkat dan kisar bersama belacan menggunakan pengisar kering.

Panaskan 3 sudu besar minyak di dalam kuali dan tumis bawang besar hingga layu. Masukkan bahan kisar dan tambahkan sedikit air serta air asam jawa.Biarkan seketika hingga sambal menjadi pekat dan agak kering.

Tambah garam dan gula secukup rasa.Tutup api dan tuangkan sambal goreng di atas ikan.


No comments:

Post a Comment