Cuka adalah sejenis cecair
yang sebahagian besarnya terdiri dari sebatian asid asetik dan air, asid asetik
dihasilkan melalui pemeraman etanol oleh bakteria asid asetik. Ia masa kini
digunakan di dapur, tetapi dalam sejarah, ia merupakan asid sederhana yang
paling biasa didapati, ia memiliki pelbagai kegunaan pengilangan, perubatan,
dan domestik. Cuka pengilangan dihasilkan samaada melalui proses penapaian
pantas atau perlahan. Secara umum, kaedah perlahan digunakan dengan cuka
tradisi, dan proses penapaian berlaku perlahan-lahan dalam tempoh beberapa
minggu atau bulan. Tempoh penapaian lebih lama membenarkan pengumpulan lendir
bukan toksin oleh bakteria asid asetik. Kaedah lebih pantas menambah ibu cuka
(contohnya kultur bakteria) pada sumber cecair sebelum menambah udara melalui
sistem pam venturi atau turbin bagi menggalakkan proses pengudaraan untuk
mendapatkan penapaian yang lebih pantas. Dalam proses penapaian pantas, cuka
boleh dihasilkan dalam tempoh 20 jam hingga tiga hari.
RESEPI DAGING
GORENG KICAP BERCUKA
BAHAN-BAHAN
1/2 kg daging batang pinang di
potong kecil - kunyitkan
1 biji bawang besar-
hiris
1/2 inci halia -
hiris halus
3 ulas bawang putih -
hiris nipis
1 biji cili hijau -
potong nipis serong
Kicap pekat manis (
kuantiti kicap ni bergantung anda nak kuah banyak mana ye..)
Cuka (angaran dalam 2
sudu besar)
Garam & gula
secukup rasa
Minyak masak
PROSES PENYEDIAAN
panaskan sedikit
minyak, goreng garing daging..
setelah daging garing masukkan bawang, halia,
bawang putih & cili hijau..kacau hingga bawang agak layu..
bila dah layu masukkan kicap,
cuka, garam & sedikit gula.. kacau lagi.. kalau nak berkuah boleh tambah
air ye..
No comments:
Post a Comment