Wednesday, October 24, 2018

RESEPI KERABU DAGING

Masakan Thailand adalah masakan kebangsaan Thailand. Masakan Thailand meletakkan emfasis pada hidangan dihidang ringan dengan komponen aromatik kuat. Masakan Thailand dikenali dengan menjadi pedas. Keseimbangan, perincian dan kepelbagain adalah penting dengan masakan Thailand. Masakan Thailand dikenali dengan keseimbangan lima perisa asas dalam setiap hidangan atau makanan keseluruhan: pedas, masan, manis, masin, dan pahit (sebagai pilihan)


RESEPI KERABU DAGING

BAHAN-BAHAN:
300g daging, rebus smpai lembut
1 biji bawang besar, hiris nipis
1 batang serai, hiris nipis
1 biji tomato, hiris nipis
5-7 biji cili padi, hiris nipis
2 sudu besar sos ikan
1 biji limau nipis, ambil jus
3 helai daun limau purut, hiris halus
garam dan gula secukup rasa

CARA PENYEDIAAN:
Hiris daging rebus nipis-nipis dengan cara melintang urat.Gaulkan daging bersama kesemua bahan di atas.

Masukkan garam dan gula secukup rasa. Lebihkan sedikit gula kerana dapat mengimbangi rasa masam dan pedas.

Tips:
Rebus daging sehingga empuk, dan cara untuk melembutkan daging mengikut petua orang-orang tua ialah dengan rebus daging bersama sebatang sudu, atau boleh juga dimasukkan daun nangka atau daun betik.


No comments:

Post a Comment