Wednesday, October 24, 2018

RESEPI PEKASAM IKAN GELAMA

Pekasam ialah sejenis makanan peram tradisi yang terkenal dan tahan lama di Malaysia. Ia merupakan satu cara mengekalkan makanan (lazimnya ikan) dengan menggunakan garam (atau asam) yang banyak dan mampu untuk menghasilkan pekasam yang mampu bertahan lebih lama (antara 6 - 1000 tahun).

Pekasam amat popular di negeri-negeri utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia. Negeri Perak terkenal dengan perusahaan pekasam ikan air tawar terutamanya selepas pembinaan Empangan Tasik Chenderoh, yang membekalkan ikan air tawar bagi penghasilan perkasam. Pekasam di Perak turut disebut oleh Sir Richard Olof Winstedt dalam buku The Circumstances of Malay Life. The kampong. The house. Furniture. Dress. Food, 1909


RESEPI PEKASAM IKAN GELAMA

BAHAN-BAHAN:
1kg ikan gelama
100g garam kasar
10 keping Asam keping.
beras disanga (goreng tanpa minyak)

CARA-CARA :
Setelah ikan siap dibersihkan, masukkan garam anggaran 1 kilo ikan seratus gm garam. Masuk dalam bekas. tutup bekas tu dan Simpan dalam peti ais semalaman.

Selepas semalaman, gaul ikan tadi dengan beras yang telah disanga.

Cari bekas yang bertutup rapat. Susun ikan tadi ke dalam bekas, setiap susunan ikan tadi letakkan asam keping 1-2 keping.

Masukkan air garam yang di simpan dengan ikan malam tadi. Sebelum tu masak dahulu air garam tersebut di atas api sederhana. Dah sejuk air garam tu masukkan ke dalam bekas ikan tu sehingga kesemua ikan tadi terendam.

Akhir sekali tutup bekas dengan rapat. Seminggu selepas itu keluarkan ikan tadi ,buang airnya dan ikan tadi di gaulkan bersama beras yang disanga dan masukkan kedalam bekas lain.

No comments:

Post a Comment