Cuka adalah sejenis cecair yang sebahagian
besarnya terdiri dari sebatian asid asetik dan air, asid asetik dihasilkan
melalui pemeraman etanol oleh bakteria asid asetik. Ia masa kini digunakan di
dapur, tetapi dalam sejarah, ia merupakan asid sederhana yang paling biasa
didapati, ia memiliki pelbagai kegunaan pengilangan, perubatan, dan domestik.
Cuka pengilangan dihasilkan samaada melalui proses penapaian pantas atau
perlahan. Secara umum, kaedah perlahan digunakan dengan cuka tradisi, dan
proses penapaian berlaku perlahan-lahan dalam tempoh beberapa minggu atau
bulan. Tempoh penapaian lebih lama membenarkan pengumpulan lendir bukan toksin
oleh bakteria asid asetik. Kaedah lebih pantas menambah ibu cuka (contohnya
kultur bakteria) pada sumber cecair sebelum menambah udara melalui sistem pam
venturi atau turbin bagi menggalakkan proses pengudaraan untuk mendapatkan
penapaian yang lebih pantas. Dalam proses penapaian pantas, cuka boleh
dihasilkan dalam tempoh 20 jam hingga tiga hari.
RESEPI
DAGING GORENG KICAP BERCUKA
BAHAN BAHAN
1/2 kg daging batang pinang di potong kecil - kunyitkan
1 biji bawang besar- hiris
1/2 inci halia - hiris halus
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1 biji cili hijau - potong nipis serong
Kicap pekat manis ( kuantiti kicap ni bergantung anda
nak kuah banyak mana ye..)
Cuka (angaran dalam 2 sudu besar)
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak
CARA PENYEDIAAN
panaskan sedikit minyak, goreng garing daging..
setelah daging garing
masukkan bawang, halia, bawang putih & cili hijau..kacau hingga bawang agak
layu..
bila dah layu masukkan kicap, cuka, garam & sedikit gula..
kacau lagi.. kalau nak berkuah boleh tambah air ye..
sesuaikan rasa.. kalau dah ok.. boleh lah dihidangkan..
No comments:
Post a Comment