Tuesday, October 23, 2018

RESEPI JUS MARKISA / PASSION FRUIT JUICE

Pokok Markisa atau juga dikenali sebagai buah susu, merupakan sejenis pokok yang menjalar bagi mendapatkan cahaya matahari. Buahnya yang rasa sedikit masam dan manis boleh dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan minuman. Kini terdapat jus markisa dijual di pasar raya atau kedai-kedai.

Pokok markisa ini terdapat di kebanyakan negara-negara tropika dan sub-tropika terutama di Australia, India, Kenya, New Zealand dan Hawaii. Markisa ditanam secara komersil di negara-negara berkenaan. Dua varieti yang biasa ditanam untuk tujuan ini ialah markisa berkulit warna kuning (Passiflora edulis f.flvicarpa) dan buah markisa berkulit warna ungu (Passiflora edulis sim)

RESEPI JUS MARKISA / PASSION FRUIT JUICE
BAHAN BAHAN
8 biji buah markisa / Passion Fruit
1/2 liter Air mineral / air sejuk
Sirap gula pekat
Ketulan ais secukupnya
Daun pudina

Sirap Gula : Masak 100gm gula pasir, 50ml air dan 2 sudu besar jus limau kasturi dan sedikit pewarna hijau. Biarkan sejuk.

Belah buah markisa, korek keluar isinya. Campurkan dengan air, kacau hingga jusnya keluar. Tak perlu kisar atau tapis.

Dalam gelas masukkan sirap gula diikuti ketulan ais. Kemudian tuangkan jus markisa.

Masukkan daun pudina jika suka.



No comments:

Post a Comment