Monday, October 22, 2018

RESEPI IKAN BAWAL PERCIK

Ikan Bawal (Bramidae) merupakan satu famili ikan dalam susunan Perciformes. Secara amnya ikan Bawal terbahagi kepada dua jenis iaitu bawal putih dan hitam. Ikan bawal putih dikatakan lebih tinggi permintaannya berbanding yang bawal hitam.Ikan Bawal banyak terdapat di Lautan Hindi selain Afrika, Malaysia dan Jepun.Ikan Bawal hidup dan berenang secara berkumpulan. Biasanya pada musim tertentu bawal cermin boleh didapati dengan banyak. Ia juga dikatakan sering didapati beriringan dengan udang di dasar laut. Pergerakan spesies bawal dalam berkawan menjadikannya sebagai tangkapan yang sesuai dengan menggunakan pukat. Bagaimanapun ia boleh ditangkap menggunakan pancing dan rawai.Ikan bawal sering kali menjadi pilihan utama sebagai hidangan istimewa di meja pengantin atau meja utama.

RESEPI  IKAN BAWAL PERCIK
BAHAN-BAHAN

2 ekor ikan bawal hitam
2 cm kunyit
2 cm halia
2 batang serai dikisar
5 ulas bawang merah dikisar1 s/t halba dikisar
1 hiris lengkuas dikisar
1 s/b cili mesin
3 keping asam gelugor
3 cawan santan pekat

CARA MENYEDIAKAN DAN MEMASAK:
Ikan bawal digaul dengan kunyit dan garam kemudian dipanggang separuh masak.Jerangkan santan, masukkan semua bahan.kacau sehingga ia mendidih dan pekat serta naik minyak

Renjiskan kuah ini pada ikan dan dipanggang semula hingga masakTuangkan kuah yang selebihnya pada ikan tersebut dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment