Monday, October 22, 2018

RESEPI LALA MASAK PEDAS

Lala atau juga dikenali sebagai siput retak seribu di utara Malaysia, merupakan nama sejenis moluska dwicangkerang yang boleh dimakan.
BAHAN-BAHAN
  • 1 kg lala
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 batang serai ~ di ketuk
  • 4 batang cili padi ~ di belah 2
  • 20 tangkai cili kering ~ di rendam hingga lembut dan di kisar halus
  • 1 labu bawang besar ~ di hiris
  • 1 biji tomato ~ di potong baji
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 cawan jus asam jawa ~ ambil sedikit asam jawa campur air dan ramas, tapis ambil airnya sahaja
  • 2 helai daun limau purut ~ di siat
  • 2 pokok ketumbar ~ di mayang halus
  • garam dan gula secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
  • Bersihkan lala, rendam sebentar untuk menghilangkan pasirnya. Cuci semula dan toskan airnya
  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali Tumiskan bahan yang di kisar hingga harum. Masukkan serai dan cili padi kacau rata
  • Masukkan bawang besar dan tomato. Tambahkan air asam jawa, sos cili, sos tiram dan biarkan ia merenihJika kuah kering tambahkan air
  • Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Lebihkan gula kerana lauk ni sedap kalau manis-manis pedas sikit rasanya
  • Masukkan daun limau perut dan daun ketumbar. Akhir sekali masukkan lala
  • Tutup kuali dan biarkan ia masak sebentar anggaran 5 minit
  • kacau rata dan biar merenih. Sedia di hidangkan.



No comments:

Post a Comment