Monday, October 22, 2018

RESEPI IKAN BAWAL MASAK ASAM

Ikan Bawal (Bramidae) merupakan satu famili ikan dalam susunan Perciformes. Secara amnya ikan Bawal terbahagi kepada dua jenis iaitu bawal putih dan hitam. Ikan bawal putih dikatakan lebih tinggi permintaannya berbanding yang bawal hitam.Ikan Bawal banyak terdapat di Lautan Hindi selain Afrika, Malaysia dan Jepun.Ikan Bawal hidup dan berenang secara berkumpulan. Biasanya pada musim tertentu bawal cermin boleh didapati dengan banyak. Ia juga dikatakan sering didapati beriringan dengan udang di dasar laut. Pergerakan spesies bawal dalam berkawan menjadikannya sebagai tangkapan yang sesuai dengan menggunakan pukat. Bagaimanapun ia boleh ditangkap menggunakan pancing dan rawai.Ikan bawal sering kali menjadi pilihan utama sebagai hidangan istimewa di meja pengantin atau meja utama.

RESEPI  IKAN BAWAL MASAK ASAM
BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan bawal - dipotong
4 ulas bawang merah (dimayang halus)
3 ulas bawang putih (dimayang halus)
1 inci halia (dimayang halus)
1 labu bawang besar (dipotong bulat)
1 biji cili merah (dihiris)
air asam jawa
kunyit serbuk
garam dan gula atau perasa
minyak secukupnya untuk menggoreng

CARA MEMASAKNYA:
Ikan bawal diletak garam dan kunyit, emudian di goreng sehingga kekuningan.

Panaskan sedikit minyak, tumiskan. bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.

Masukkan air asam jawa, biarkan seketika. Tambah air jika perlu.

Masukkan garam, gula atau sedikit perasa dan akhir sekali masukkan bawang besar serta cili.


Perasakan ia, jika dah secukup rasa barulah di angkat untuk dihidangkan.


No comments:

Post a Comment