Monday, October 22, 2018

RESEPI IKAN BAWAL PENYET

Ikan Bawal (Bramidae) merupakan satu famili ikan dalam susunan Perciformes. Secara amnya ikan Bawal terbahagi kepada dua jenis iaitu bawal putih dan hitam. Ikan bawal putih dikatakan lebih tinggi permintaannya berbanding yang bawal hitam.Ikan Bawal banyak terdapat di Lautan Hindi selain Afrika, Malaysia dan Jepun.Ikan Bawal hidup dan berenang secara berkumpulan. Biasanya pada musim tertentu bawal cermin boleh didapati dengan banyak. Ia juga dikatakan sering didapati beriringan dengan udang di dasar laut. Pergerakan spesies bawal dalam berkawan menjadikannya sebagai tangkapan yang sesuai dengan menggunakan pukat. Bagaimanapun ia boleh ditangkap menggunakan pancing dan rawai.Ikan bawal sering kali menjadi pilihan utama sebagai hidangan istimewa di meja pengantin atau meja utama.


RESEPI  IKAN BAWAL PENYET
 BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan bawal
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 biji cili padi
2 cm belacan
sedikit air asam
sedikit minyak utk goreng

PROSES PENYEDIAAN
goreng ikan bawal sehingga masak tetapi tidak garing. goreng cili dan belacan di dalam kuali.

tumbuk cili dan belacan hingga lumat dan masukkan air asam.
( garam + gula -jika suka)


ratakan sambal atas dan bawah ikan yang telah di goreng tadi. hiaskan dengan ulam-ulaman..

No comments:

Post a Comment