Ikan Bawal (Bramidae) merupakan satu famili ikan dalam
susunan Perciformes. Secara amnya ikan Bawal terbahagi kepada dua jenis iaitu
bawal putih dan hitam. Ikan bawal putih dikatakan lebih tinggi permintaannya
berbanding yang bawal hitam.Ikan Bawal banyak terdapat di Lautan Hindi selain
Afrika, Malaysia dan Jepun.Ikan Bawal hidup dan berenang secara berkumpulan.
Biasanya pada musim tertentu bawal cermin boleh didapati dengan banyak. Ia juga
dikatakan sering didapati beriringan dengan udang di dasar laut. Pergerakan
spesies bawal dalam berkawan menjadikannya sebagai tangkapan yang sesuai dengan
menggunakan pukat. Bagaimanapun ia boleh ditangkap menggunakan pancing dan
rawai.Ikan bawal sering kali menjadi pilihan utama sebagai hidangan istimewa di
meja pengantin atau meja utama.
BAHAN KULIT
1 ekor ikan bawal saiz sederhana
4 tangkai cili merah
]dipotong
4 tangkai cili hijau
]
3- 5 tangkai cili padi
]
1 labu bawang besar ]
1 keping asam gelugur
2 batang serai-diketuk
1 biji limau kasturi
1 sm belacan-dibakar
3 labu bawang merah
]dihiris
2 ulas bawang putih ]
Sedikit minyak dan air
Garam dan gula secukup rasa
PROSES PENYEDIAAN
Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. Goreng dalam minyak yang
banyak hingga separa garing. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan minyak yang sama, goreng cili merah, cili hijau, cili
padi, bawang merah dan bawang putih selama 3 minit.
Angkat dan kisar bersama belacan menggunakan pengisar kering.
Panaskan 3 sudu besar minyak di dalam kuali dan tumis bawang besar
hingga layu. Masukkan bahan kisar dan tambahkan sedikit air serta air asam
jawa.
Biarkan seketika hingga sambal menjadi pekat dan agak kering.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
Tutup api dan tuangkan sambal goreng di atas ikan.
No comments:
Post a Comment