Tuesday, October 23, 2018

RESEPI SUP PERUT LEMBU

Sup adalah makanan cecair, secara amnya disaji panas (tetapi boleh juga disaji dingin atau sejuk), yang dibuat dengan menggabungkan bahan-bahan seperti daging dan sayuran dengan stok, jus, air, atau cecair yang lain. Sup panas dicirikan dengan mendidihkan bahan-bahan pepejal di dalam cecair di dalam periuk sehingga rasanya diekstrak, membentuk air rebusan atau kaldu


RESEPI SUP PERUT LEMBU
BAHAN-BAHAN

1kg perut lembu
4 biji bawang besar | dimayang
10 biji bawang merah | ditumbuk
5 ulas bawang putih | ditumbuk
2.5cm halia | diketuk
3 sudu makan rempah sup
2 keping asam gelugor
2.5cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 sudu makan lobak jeruk
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukupnya
4 sudu makan minyak masak
1 liter air

CARA-CARANYA :

Perut lembu dibersihkan dan direbus selama sejam. Selepas itu potong kecil memanjang. Ketepikan.

Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bahan-bahan yang dimayang dan ditumbuk sehingga kekuning-kuningan. Angkat dan ketepikan.

Selepas itu masukkan rempah sup dan kacau sehingga pecah minyak.Kemudian masukkan air dan kacau. Biarkan mendidih.

Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya. Angkat.

Ketika menghidang, masukkan kesemua bahan yang digoreng bersama minyak ke dalam sup perut yang hampir masak. masukkan serbuk perasa dan hidangkan.


No comments:

Post a Comment