Acar adalah sejenis
hidangan Malaysia yang terdiri daripada bahan-bahan yang dijeruk. Sayur-sayuran
keras, atau buah-buahan jeruk disatukan menjadi suatu hidangan yang tersendiri.
Ada acar yang dimasak, manakala ada acar yang dibuat seperti gaya rojak atau
salad. Acar biasanya dijadikan lauk sampingan bagi hidangan nasi, misalnya nasi
putih, nasi minyak atau nasi beriani. Disebabkan terdapat pelbagai pengaruh
masakan kaum di Malaysia, acar sudah berkembang dan meranting mengikut variasi
kaum, terdapat pelbagai jenis acar, mengikut selera kaum masing-masing
RESEPI ACAR
TELUR PUYUH
BAHAN-BAHAN
35 biji telur burung puyuh ( resipi asal guna telur ayam )
2 bawang putih, hiris
5 ulas bawang merah *
3 biji cili merah *
1 camca besar jintan manis * ( * ditumbuk halus )
1 biji bawang besar, belah 8
1/2 camca besar cuka
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
1 camca besar kicap
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan cili kering kisar _ ( saya tambah )
PROSES PENYEDIAAN
Rebus telur puyuh, kupas, cuci dan goreng hingga kuning keemasan.
Angkat dan toskan. Ketepikan sebentar.
Tumis bawang putih, masukkan bahan2 tumbuh, kayu manis, bunga
cengkih dan bunga lawang. Tumis hingga wangi.
Masukkan cuka, kicap, gula ( lebih sikit ) dan sedikit garam. Gaul
rata, bila mendidih, masukkan telur, gaul hingga mesra, rasa dan jika perlu
tambah sedikit lagi garam. Angkat dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment