Monday, October 22, 2018

RESEPI LONTONG & KUAH LODEH SEDAP

Lontong ialah makanan istimewa Indonesia dan Malaysia yang diperbuat daripada beras yang dikukus selepas dibungkus dengan daun pisang. Lontong biasanya dihidangkan dengan sate, rojak atau gulai kambing. Walaupun makanan ini mirip dengan ketupat, lontong lebih sering ditemukan di banyak kedai makan di Indonesia dan Malaysia kerana cara pembuatannya adalah lebih mudah daripada cara membuat ketupat. Sebaliknya, ketupat lebih kerap ditemukan pada Hari Raya Aidilfitri.

Kerana dikukus dalam daun pisang, lontong berwarna hijau di luarnya, sedangkan berwarna putih di dalam. Lontong banyak ditemukan di pelbagai daerah di Indonesia dan Malaysia sebagai pengganti nasi putih. Walaupun kedua-dua ini diperbuat daripada beras, lontong memiliki bau harum yang istimewa
 BAHAN-BAHAN
  • 1/4 biji kubis
  • 1/4 biji sengkuang - potong panjang
  • 1 batang karot - potong panjang
  • 6 batang kacang panjang
  • 2 biji terung panjang
  • 1 biji kentang - potong 8
  • 2 keping fucuk - rendam dan potong kecil
  • 1 ikat soo hoon - rendam dan potong kecil
  • 1 keping tempe - potong dadu besar dan goreng
  • 2 keping tauhu - potong kecil dan goreng
  • 2 batang cili merah - hiris
  • 2 batang serai - ketuk
  • 1 cawan udang hidup - buang kulit
  • 2 santan kotak
  • Garam secukup rasa

BAHAN KISAR:
  • 8 ulas bawang merah
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 sudu besar udang kering - rendam dan tos

CARA CARA:
  • Masak bahan kisar bersama santan cair dan serai sehingga hampir mendidih, masukkan udang diikuti dengan sayur yang jenis keras sehingga sayur yang lembut.
  • Masukkan santan pekat dan tauhu kering, cili merah serta garam. Sesuaikan rasa dan kepekatan.
  • Tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama dengan nasi impit, telur rebus dan kuah kacang atau sambal tumis.


No comments:

Post a Comment