Mihun (atau mi siam di Selatan Malaysia)
merupakan nama salah satu jenis makanan dari China, bentuknya seperti mi namun
lebih tipis. Dalam bahasa Inggeris disebut rice vermicelli atau rice noodles
atau rice sticks. Sebutan asal mihun ialah "bihun", yang berasal dari
bahasa Cina, iaitu "bi" iaitu berasdan "hun" iaitu tepung.
Bahan mihun sendiri dibuat daripada tepung beras. Makanan tersebut sangat terkenal
dari negara Chinadan Asia Selatan, seperti India.
RESEPI
BIHUN PUTIH SEAFOOD
BAHAN BAHAN
1
paket bihun di rendam hingga lembut ditoskan
12 ekor udang di
buang hujung kepala & ekor nya
2 ekor sotong di
hiris2 bulat
1 biji bawang besar
dihiris2
3 ulas bawang putih
dihiris2
1 batang lada merah
dihiris2
1 batang lada hijau
dihiris2
Sayur sawi di potong
kasar2
2 mangkuk stok daging
atau 1 kuib knorr / stok ayam
1/2 sudu teh serbuk
lada putih
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bawang merah goreng
buat taburan
CARA PENYEDIAAN
Panaskan minyak di
kuali, letakkan bawang2 & cili. Tumis hingga lembut. Letakan stok daging,
kemudian masukan sayur, sotong dan dan udang. Letakkan garam secukup rasa.
Tumis kesemua nya gaulkan rata2.
Letakan serbuk lada putih dan rasa kuahnya. Biarkan kuahnya masin sedikit, bila
kuahnya mendidih, letakan bihun gaulkan rata2 dengan kuah nya.
Bila bihun nya masak, buat cili
jeruk nya. Bila bihun lembut, Sajikan bihun panas2, Taburkan dengan bawang
merah goreng dan cili hijau jerok cuka. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment