Tuesday, July 18, 2017

Hinava Makanan Tradisi suku kaum Kdazan Dusun Sabah

Hinava Makanan Tradisi suku kaum Kdazan Dusun Sabah




Hinava merupakan salah satu makanan tradisional masyarakat Sabah. Ia merupakan makanan tradisi bagi suku kaum Kadazan Dusun Sabah dan antara makanan paling popular bagi suku kaum ini.   

Biasanya Hinava atau dipanggil juga Hinava Ginapan dibuat daripada isi ikan segar. Isi ikan yang biasa digunakan untuk membuat Hinava adalah dari isi ikan yu atau tenggiri. Walaubagaimanapun ikan lain boleh juga digunakan untuk membuat Hinava ini termasuklah sotong atau udang.

Dalam Bahasa melayu masakan Hinava bermaksud isi ikan yang dimsak mentah dan dimasak hanya menggunakan asam dan bahan bahan campuran lain.Isi ikan dipilih termasuklah seperti yang disebut tadi iaitu ikan tenggiri dan ikan yu.

Hinava selalunya dihidang untuk majlis-majlis seperti perkahwinan dan juga menjadi hidangan yang istimewa bagu kaum Kadazan-Dusun ketika Tadau Kaamatan.

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat Hinava adalah seperti :

·        Isi ikan segar
·        Biji buah bambangan
·        Lada merah
·        Halia
·        Bawang merah
·        Limau nipis atau limau kasturi
·        Garam

Untuk menghidangnya isi ikan segar tersebut akan dicampur menggunakan bahan-bahan diatas dan digaul-gaulkan. Isi ikan tersebut tidak perlu dimasak kerana ia akan masak melalui perahan limau nipis atau limau kasturi    





No comments:

Post a Comment