Tuesday, September 12, 2017

RESEPI LAKSA UTARA

Laksa Kedah merupakan sejenis makanan berkuah yang terkenal di Kedah. Ia juga dikenali sebagai Laksa Utara atau Laksa Teluk Kechai. Makanan tradisi ini menjadi hidangan semasa musim perayaan. Bahan asas penyediaan sajian istimewa ini ialah laksa beras, ikan kembung, belacan, asam keping, cili, garam dan telur.

Resepi Laksa Utara yang asli, sangat terkenal di negeri Kedah dan Perlis, dengan perahan limau nipas dan cili padi yang pasti memecah selera. Hanya ikan yang segar digunakan untuk kuah laksa ini bagi menjamin rasa yang memuaskan. Kuahnya juga perlu tidak terlalu cair atau terlalu pekat dan bahan ulaman segar digunakan untuk taburan di atas Laksa ini

BAHAN BAHAN

  • mee Laksa
  • 1 kg ikan kembung (dibersihkan)
  • Seikat daun kesum
  • 2 kuntum bunga kantan (dipotong kasar)
  • 4 keping asam gelugur / asam keping
  • 1/2 inci lengkuas (dititik / ditumbuk sedikit)
  • 1 batang serai (dititik / ditumbuk sedikit)
  • 1.5 liter air
  • 2 sudu besar pes udang / petis udang / otak udang
  • Garam secukup rasa

 

BAHAN KISAR

  • 20 tangkai cili kering
  • 3 biji cili merah
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang merah

 

BAHAN SAMPINGAN

  • 1 biji timun (dipotong nipis dan memanjang)
  • 2 biji cili merah (dihiris halus)
  • 6 biji cili padi (dihiris halus)
  • 1 biji bawang besar (dihiris halus)
  • 3 tangkai daun pudina
  • Beberapa helai daun salad (dihiris halus) - cik kuali tak letak
  • 4 biji limau kasturi (dibelah 2 dan buang bijinya)
  • 4 biji telur rebus (dikupas kulit dan dibelahkan 2)
  • Sedikit hirisan bunga kantan


PROSES PENYEDIAAN
  • Rebuskan laksa hingga masak. Toskan airnya dan ketepikan
  • Masukkan ikan yang telah dibersihkan bersama 1 liter air ke dalam periuk. Direbus ikan hingga masak. Angkat ikan yang telah masak dan ketepikan air rebusan.
  • Ikan yang telah direbus, diasingkan tulang temulang dari isinya. Kisarkan isi ikan hingga sedikit halus dengan air rebusan dan tuangkan dalam periuk bersih
  • Kemudian dikisar pula tulang dan kepala ikan bersama air rebusan. Sebelum dituangkan ke dalam periuk, tapiskan terlebih dahulu.
  • Kisarkan bahan kisar dengan baki air rebusan dan tuangkan ke dalam periuk, tapiskan terlebih dahulu.
  • Kisarkan bahan kisar dengan baki air rebusan dan tuangkan ke dalam periuk. Tambahkan daun kesum, bunga kantan, asam gelugur, lengkuas dan serai
  • Masakkan kuah hingga mendidih. Kacau sekali sekala. Jika kuah agak pekat, masukkan baki 500ml air.
  • Kemudian masukkan pes udang / petis dan garam secukup rasa. Setelah kuah didih, rasa dan jika ok padamkan api.
  • Hidangkan laksa bersama bahan ulaman.  

No comments:

Post a Comment