Monday, December 18, 2017

RESEPI SOTONG MASAK MERAH

SOTONG
Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.

RESEPI SOTONG MASAK MERAH

BAHAN BAHAN
400 gram sotong (dipotong kecil)
3 sudu besar cili kisar
2 ulas bwg putih (ditumbuk)
1/2 labu bawang merah (ditumbuk)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Garam secukup rasa

PROSES MASAK
Panaskan minyak di dalam kuali. Kemudian tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar sehingga naik bau wangi. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga berubah warna merah pekat.

Masukkan sotong, sedikit air dan kacau sehingga rata.Tutup kuali dan biar sotong sehingga empuk. Masukkan bawang besar yang dihiris ke dalam kuali. Masukkan air sedikit lagi kalau nak berkuah.


Tutup kuali seketika sahaja. Siap untuk dihidang dan dimakan bersama nasi.

RESEPI SOTONG MASAK HITAM

SOTONG
Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.

RESEPI SOTONG MASAK HITAM


BAHAN BAHAN
500gm sotong jangan buang dakwat sotong
Bawang Besar ( Hiris )
Cili Merah ( Hiris )
kunyit
garam
Air Asam Jawa ( Kalau pekat lagi bagus )
Minyak

BAHAN KISAR
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
4 tangkai cili hijau

PROSES MASAK
Sotong di cuci terlebih dahulu, dan di toskan airnya. Dibiarkan air tersebut di toskan sehabis mungkin, Kalau boleh, sotong tersebut di buang tulang sahaja, jangan buang dakwat hitam tu.

Bahan kisar tadi disatukan bersama, kunyit, garam dan digaul rata, biar perap selama 15 minit, supaya rempah tersebut dapat meresap dalam sotong tu nanti 

Panaskan minyak, tumis sotong tadi, dan dibiarkan seketika, di gaul rata. Masukkan air perahan asam jawa, dan biarkan selama 5 minit, dan di tutup api, tabur bawang besar dan cili dihiris tadi, dan biarkan selama 5 minit sebelum dihidang.

RESEPI SOTONG PERCIK SUMBAT

SOTONG
Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.

RESEPI SOTONG PERCIK SUMBAT


BAHAN BAHAN
500gm kg sotong
1 biji lobak merah
2 biji kentang ~ saiz besar
2 batang serai
2 keping asam
1 keping gula melaka
3 s/b gula putih 
1 cawan santan pekat
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam

BAHAN KISAR
30 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit     

PROSES MASAK
Rebus kentang sampai lembut dan selepas tu di lenyek. lobak merah didadu dan di gaul bersama. Sumbat dalam sotong dan ketepikan.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga wangi.masukkan santan, serai, asam keping, gula merah, gula putih, garam dan kacau sebati dan masak sampai kuah agak agak pekat.


Kemudian masukkan sotong dan kacau sebati dan masak sampai sotong masak.siap.boleh diangkat

RESEPI IKAN GELAMA MASAK KUNYIT

IKAN GELAMA
Ikan Gelama Papan atau nama saintifiknya Nibea soldado merupakan ikan air masin. Ikan Gelama Papan boleh ditemui dipersisiran berpasir termasuk Sabah dan Sarawak.

Ikan ini berwarna perak dan bergerak dalam kumpulan yang besar. Ikan ini berhabitat di persisiran pantai dan juga kawasan muara. Ikan ini biasanya bersaiz sederhana dalam lingkungan 1.5kg kebawah. Biasanya ikan ini dijadikan ikan masin dan menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia

Ikan Gelama Pisang / Gelama Bongkok atau nama saintifiknya Chrysochir aureus merupakan ikan air masin. Ikan Gelama Pisang boleh ditemui dipersisiran berpasir termasuk Sabah dan Sarawak.

RESEPI IKAN GELAMA MASAK KUNYIT


BAHAN BAHAN
3 ekor ikan gelama saiz sedang
2 batang serai - dititik
3 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbul
1 sudu kecil serbuk lada putih - tumbuk
3 inci halia -  diketuk
1 sudu kecil serbuk kunyit
sedikit bancuhan air asam jawa
Air secukupnya
Gula dan garam

PROSES MASAK
Tumis bawang merah,bawang putih halia dan serai hingga kekuningan. Masukkan serbuk kunyit dan kacau rata.


Masukkkan ikan dan gaul rata.Kemudian masukkan air dan bancuhan asam jawa.Tutup seketika. Perasakan dengan garam dan gula serta masukkan lada putih.Biarkan sehingga kuah agak pekat dan masak.Tutup api.

RESEPI IKAN GELAMA MASAK LEMAK

IKAN GELAMA
Ikan Gelama Papan atau nama saintifiknya Nibea soldado merupakan ikan air masin. Ikan Gelama Papan boleh ditemui dipersisiran berpasir termasuk Sabah dan Sarawak.

Ikan ini berwarna perak dan bergerak dalam kumpulan yang besar. Ikan ini berhabitat di persisiran pantai dan juga kawasan muara. Ikan ini biasanya bersaiz sederhana dalam lingkungan 1.5kg kebawah. Biasanya ikan ini dijadikan ikan masin dan menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia

Ikan Gelama Pisang / Gelama Bongkok atau nama saintifiknya Chrysochir aureus merupakan ikan air masin. Ikan Gelama Pisang boleh ditemui dipersisiran berpasir termasuk Sabah dan Sarawak.


RESEPI IKAN GELAMA MASAK LEMAK
BAHAN BAHAN
400gm ikan Gelama  - siang bersihkan dan toskan
20 biji cili api
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 batang serai (dititik)
sedikit asam keping/ air asam jawa
100ml santan pekat (tambahkan dengan air) atau 1 kotak santan adabi 

PROSES PENYEDIAAN
Tumbuk cili api, bawang merah, bawang putih sampai hancur. Titik kan serai

Masukkan semua bahan yang ditumbuk/serai ke dalam periuk bersama-sama dengan santan dan juga ikan. Jangan lupa masukkan asam keping.Kemudian masukkan garam dan serbuk kunyit ikut rasa

Kacau selalu jangan sampai pecah minyak, masak sehingga ikan masak boleh lah tutup kan api.

RESEPI IKAN GELAMA MASAK KICAP

IKAN GELAMA
Ikan Gelama Papan atau nama saintifiknya Nibea soldado merupakan ikan air masin. Ikan Gelama Papan boleh ditemui dipersisiran berpasir termasuk Sabah dan Sarawak.

Ikan ini berwarna perak dan bergerak dalam kumpulan yang besar. Ikan ini berhabitat di persisiran pantai dan juga kawasan muara. Ikan ini biasanya bersaiz sederhana dalam lingkungan 1.5kg kebawah. Biasanya ikan ini dijadikan ikan masin dan menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia

Ikan Gelama Pisang / Gelama Bongkok atau nama saintifiknya Chrysochir aureus merupakan ikan air masin. Ikan Gelama Pisang boleh ditemui dipersisiran berpasir termasuk Sabah dan Sarawak.


RESEPI IKAN GELAMA MASAK KICAP
BAHAN BAHAN
3 ekor ikan gelama sederhana saiz
1 ulas bawang putih - ketuk
1/2 labu bawang besar - hiris
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1/2 biji tomato - hiris
sedikit lada bengala @ cili hijau
kicap manis secukupnya
sedikit garam, gula dan aji jika suka
sedikit minyak untuk menumis

PROSES PENYEDIAAN
Lumur ikan dengan sedikit garam kunyit. Panaskan minyak untuk mengoreng secukupnya, goreng ikan seperti biasa hingga garing dikedua bahagian, angkat ketepikan.

Dengan kuali lain, panaskan minyak Masak, masukkan bawang putih kemudian masukkan kicap dan semua jenis sos. Masukkan sedikit air, lada bengala/cili hijau, bawang besar, tomato dan perasa secukup rasa.


Masak biar mendidih sekejap, kemudian boleh la dituang atas ikan goreng tadi

RESEPI IKAN GELAMA TAUCU

IKAN GELAMA
Ikan Gelama Papan atau nama saintifiknya Nibea soldado merupakan ikan air masin. Ikan Gelama Papan boleh ditemui dipersisiran berpasir termasuk Sabah dan Sarawak.

Ikan ini berwarna perak dan bergerak dalam kumpulan yang besar. Ikan ini berhabitat di persisiran pantai dan juga kawasan muara. Ikan ini biasanya bersaiz sederhana dalam lingkungan 1.5kg kebawah. Biasanya ikan ini dijadikan ikan masin dan menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia

Ikan Gelama Pisang / Gelama Bongkok atau nama saintifiknya Chrysochir aureus merupakan ikan air masin. Ikan Gelama Pisang boleh ditemui dipersisiran berpasir termasuk Sabah dan Sarawak.


RESEPI IKAN GELAMA TAUCU
BAHAN BAHAN
4 ekor ikan gelama  saiz sederhana potong 2
1 camca besar taucu
1 camca besar sos tiram
1 cawan air (atau secukupnya)
Sedikit sos ikan
Secubit gula
1 biji bawang besar saiz sederhana – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 batang cili merah  – dihiris
1/2 inch halia – dihiris
1 biji bawang besar – dihiris kasar utk hiasan

PROSES MASAK
Ikan disiang dan cuci bersih, lumur dengan sedikit kunyit dan garam, kemudian goreng dan toskan.

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan halia hingga harum dan keperangan

RESEPI IKAN GELAMA MASAK ASAM

IKAN GELAMA
Ikan Gelama Papan atau nama saintifiknya Nibea soldado merupakan ikan air masin. Ikan Gelama Papan boleh ditemui dipersisiran berpasir termasuk Sabah dan Sarawak.

Ikan ini berwarna perak dan bergerak dalam kumpulan yang besar. Ikan ini berhabitat di persisiran pantai dan juga kawasan muara. Ikan ini biasanya bersaiz sederhana dalam lingkungan 1.5kg kebawah. Biasanya ikan ini dijadikan ikan masin dan menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia

Ikan Gelama Pisang / Gelama Bongkok atau nama saintifiknya Chrysochir aureus merupakan ikan air masin. Ikan Gelama Pisang boleh ditemui dipersisiran berpasir termasuk Sabah dan Sarawak.

RESEPI IKAN GELAMA MASAK ASAM 



BAHAN BAHAN
2ekor ikan Gelama  saiz sederhana
3 ulas bawang merah yang dihiris kasar
3 ulas bawang putih yang dihiris kasar
1 biji bawang besar dihiris kasar
5 biji cili merah yang dihiris kasar
5 Biji cili Merah
1 jari halia atau dalam seinci halia dihiris kasar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 cawan perahan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa.

PROSES MASAK
Panaskan 2 sudu minyak dan masukkan semua bahan tadi kecuali ikan gelama  dan air asam jawa sehingga naik bau.

Kemudian masukkan air asam jawa dan lepas tu masukkan ikan gelama  yang telah digoreng tadi. Siap untuk dihidangkan

RESEPI UDANG GALAH MASAK SAMBAL

UDANG GALAH
Udang Galah merupakan jenis udang yang termasuk dalam spesies Macrobrachium rosenbergii. Udang galah memiliki ciri-ciri fizik yang lebih besar dari jenis udang lainnya.

Udang galah biasanya hidup di daerah perairan air tawar. Udang galah termasuk dalam filum Arthropoda kelas Crutacea bangsa Decapoda dan suku Paleamonidae. Udang galah memiliki ciri khas iaitu memiliki kepala yang berbentuk kerucut, restrum melebar pada bagian ujungnya, bentuk udang galah memanjang dan melengkung ke atas. Pada bagian atas udang galah terdapat gigi seperti gergaji berjumlah dua belas buah dan bahagian bawah sebelas buah

Udang galah jantan biasanya memiliki ciri-ciri seperti memiliki tubuh besar dan kuat serta mempunyai sepit yang besar dan tubuh yang panjang. Bahagian perutnya lebih ramping daripada udang galah betina. Kepala udang galah jantan terlihat lebih besar dibandingkan dengan udang galah betina. Alat kelamin udang galah jantan terdapat pada pangkal kaki udah galah galah yang kelima.

RESEPI UDANG GALAH MASAK SAMBAL


BAHAN BAHAN
500g udang Galag , dibersihkan
1/2 biji bawang besar, potong nipis
1 batang serai, dititik
1/2 cawan air asam jawa
2 sudu besar sos tiram
Bahan untuk dikisar
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
2 inci halia
10-12 tangkai cili kering, dibuang biji
1 biji bawang besar

PROSES MASAK
Rebus cili kering seketika, toskan air dan kisar halus bersama bahan kisar yang lain. Dalam kuali, panaskan minyak masak dan kemudian tumis bawang besar sehingga kekuningan.

Masukkan bahan kisar, masak hingga naik bau dan pecah minyak.
Tuangkan air asam jawa, sos tiram serta masukkan serai yang dititik.


Kemudian masukkan udang galah , garam dan gula secukup rasa. Masak seketika dalam anggaran masa 5-7 minit atau sehingga mendidih. Angkat dan hidangkan.

RESEPI SOTONG SUMBAT CARA KELANTAN

Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.

RESEPI SOTONG SUMBAT CARA KELANTAN

BAHAN BAHAN
1 kilo sotong saiz sederhana yang segar         
½  kilo santan pekat                                  
3 ketul gula melaka                               
Pencungkil gigi  
1 cawan beras pulut                                           
10 helai daun pandan
Garam dan gula

PROSES PENYEDIAAN
Bersihkan sotong, buangkan hitam dan kulitnya, toskan dan Basuh beras pulut dan rendam seketika dengan sedikit santan dan garam.

Ambil sotong, gunakan sudu kecil, masukkan beras pulut tadi sehingga separuh badannya.(jangan isi penuh nanti isi pulut yang terhasil keras dan mentah)

Ambil kepala sotong dan masukkan ke dalam badannya yang berisi beras pulut tadi. Cucukkan pengcungkil gigi depan dan belakang kepala.

Di dalam periuk, lapik bahagian dasarnya dengan daun pandan sehingga melitupi kesemuanya. Susun sotong biar memenuhi ruang dasar dan tindan perlahan di atasnya.

Masukkan santan pekat tadi bersama sedikit garam, dan gula melaka. Hidupkan api yang paling kecil, tutupkan periuk dan masak selama 30-45minit (hingga pulut dalam sotong tu masak). Santan tu akan pecah minyak. 

RESEPI GULAI UDANG GALAH

UDANG GALAH
Terdapat  lebih  daripada 100 spesis udang  air  tawar dari Genus Macrobrachium di seluruh dunia. Namun begitu , Udang Galah hanya boleh dijumpai  secara asli di  perairan  yang mempunyai hubungan  dengan  laut seperti sungai dan  juga di kawasan muara  sungai. Ia tidak terdapat di perairan yang  terkepung seperti tasik, lombong dan paya tetapi beberapa spesis  lain seperti  udang  gantung boleh dijumpai di  perairan  seperti itu. Kebanyakkannya memerlukan  kawasan  air payau  untuk pembiakkan   seperti  Udang Galah tetapi  ada   sebahagian daripadanya seperti udang gantung yang boleh membiak dalam air tawar. Beberapa spesis lebih suka kepada air yang  jernih dan ada juga yang suka mendiami kawasan berair keruh seperti Udang Galah.

RESEPI GULAI UDANG GALAH


BAHAN BAHAN
6 ekor udang galah
1/2 kg santan
1 asam keping
garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR
1 labu bawang besar
1 inci kunyit
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 hiris lengkuas
2 tangkai cili merah
1 batang serai

PROSES PENYEDIAAN
Masukkan santan, bahan kisar dan juga asam keping ke dalam periuk. Renihkan di atas api yang sederhana hingga menggelegak.

Tambahkan udang dan masak lagi hingga udang kecut. Masukkan garam dan kacau selalu. Setelah agak sebati bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi panas.