Udang ialah
sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order
Dendrobranchiata . Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang
berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang
(oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"),
manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata
ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam,
dan sebagainya.Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa
kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan
negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang
di Pahang hanya untuk di eksport.
RESEPI
UDANG MASAK KUNYIT TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN
1kg udang harimau/udang besar
BAHAN DIGILING:
5 biji cili merah (mengikut selera anda)
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup
2 cm belacan
+ sedikit air.
2 batang serai dititik
3 sudu besar tempoyak durian
2 keping asam keping
Air 1 mangkuk sederhana
garam & ajinomoto menikut selera anda
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan 2 sudu besar minyak masak.Tumiskan bahan giling tadi
bersama 2 batang serai. Tutup kuali dengan tudung dan perlahankan api.
Biarkan bahan tadi benar-benar masak dan naik bau selama 10
minit. Jika air kering, jangan biarkan sambal anda kering supaya ia tidak
hangus. Tambahkan sedikit demi sedikit air.(jangan terlalu banyak). Tutup
semula tudung supaya baunya tidak hilang.
Proses inilah yang amat penting sekali bagi memastikan kuah anda
nanti benar-benar kick baunya!
Selepas 10 minit, masukkan udang bersama tempoyak dan asam
keping. Gaul perlahan-lahan udang bersama sambal tumis tadi hingga ia sebati
bersama bau tempoyak, bila keluar air udang,biarkan seketika dan teruslah
masukkan air 1 mangkuk.
No comments:
Post a Comment