Tauhu adalah makanan yang diperbuat daripada kacang soya yang ditapaikan
dan diambil patinya. Berbeza dengan tempe yang asli dari Indonesia dan
Malaysia, tauhu berasal dari China sepertimana juga bahan-bahan yang sama
keluarga dengannya seperti kicap, taucu (pes kacang bertapai), pau, dan bakso.
Tauhu adalah kata
pinjaman daripada bahasa Hokkien (Hanzi: hanyu pinyin: doufu) yang secara
harfiahnya bermaksud "kacang soya yang ditapaikan". Tauhu pertama
kali muncul di China sejak zaman Dinasti Han pada sekitar 2,200 tahun yang lalu.
Penemunya Liu An.
RESEPI
TAUHU BAKAR
BAHAN BAHAN
2 - 4 keping tauhu pok (saiz besar)
Sengkuang secukupnya, dihiris halus memanjang
Timun secukupnya, dihiris halus memanjang
Taugeh secukupnya, buang ekor dan celur sekejap dalam
air panas, toskan
Hirisan cili padi, jika suka pedas
Kacang tanah secukupnya, digoreng tanpa minyak dan
ditumbuk kasar
BAHAN - BAHAN SOS
1 botol petis @ otak udang
1 camca besar penuh sos tiram
4 camca besar cili kisar
2 camca besar kicap pekat
5 - 6 biji cili padi merah, ditumbuk halus (optional)
1/4 cawan jus asam jawa (asam jawa sebesar ibu jari +
1/4 cawan air panas = tapis jusnya)
3 camca besar gula melaka, hiris kecil*
1 1/2 cawan air*(*disatukan, masak hingga gula larut
dan tapis)
Gula secukup rasa (che mat tak taruk sebab dah ada
gula melaka)
1 camca besar penuh tepung gandum + 3 camca besar air
= kacau rata
PROSES PENYEDIAAN
UNTUK SOS
Dalam periuk, masukkan petis, sos tiram, cili kisar,
cili padi tumbuk (jika guna), kicap pekat, jus asam jawa dan juga air gula
melaka tadi. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Rasa dan jika kurang manis,
anda boleh masukkan sedikit gula pasir. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung
gandum (kacau sebelum dimasukkan ke dalam periuk). Kacau dan masak dengan api
kecil hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Biarkan sejuk sebelum
digunakan.
UNTUK TAUHU
Tauhu untuk anda panggang dalam kuali atau jika rajin
boleh bakar atas bara api. Balik2kan agar kulit tauhu pok garing sekata. Angkat
dan ketepikan. (jika anda guna tauhu pok jenis kecil2, boleh guna lebih dari
yang disyorkan dalam resipi).
UNTUK TAUHU BAKAR
Tauhu pok dipotong kepada 6 bahagian (ikut besar mana
tauhu pok yang anda guna). Taruk dalam pinggan sesuai, taruk taugeh celur,
sengkuang dan timun atasnya. Curah sos secukupnya, tabur kacang tanah tumbuk
dan sedikit hirisan cili padi, jika suka pedas. Boleh hidangkan...
No comments:
Post a Comment