Thursday, November 01, 2018

RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI PADI

Masak lemak ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.Masak lemak ialah sinonim dengan masakan yang menggunakan santan kelapa dan jenis makanan ini merangkumi penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak lemak dikaitkan dengan masakan gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis yang berkuah pekat, bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air dalam masakan.
BAHAN-BAHAN:
  • 1 ekor ayam, dipotong ikut suka, cuci bersih dan toskan
  • 4 biji kentang, kupas, dan belah 4 setiap 1, rendam
  • 3 batang serai, diketuk
  • 2 helai daun kunyit, dimayang halus
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 kotak santan segera (asingkan ikut 1/4 pekat, yang lebih buat cair sedikit)
  • Air jika perlu
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
  • 30 biji cili padi kampung/ kalau tak da, guna 20 biji cili padi vietnam (warna merah) campurkan dengan 5 batang cili hidup.
  • 1 inci kunyit hidup @ 2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 inci halia
  • 6 biji bawang merah kecil
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • segengam ikan bilis halus

CARA MENYEDIAKAN
  • Masukkan ayam ke dalam periuk bersama serai titik dan bahan kisar halus. Gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut. Masukkan kentang (toskan), masak hingga kentang empuk.
  • Kemudian, tuang santan cair. Masukkan asam gelugor dan jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air. Biar mendidih.
  • Tuang pati santan (santan pekat), kacau rata dan perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit. Kacau dan biar mendidih dengan api kecil dan kacau selalu. Rasa...dan jika ok boleh matikan api.



No comments:

Post a Comment