Thursday, November 01, 2018

RESEPI MENTARANG KUKUS

Siput mentarang merupakan sejenis haiwan bercengkerang (Kerang-kerangan) yang boleh dimakan. Siput mentarang mempunyai kulit yang nipis dan biasanya lebih menggemari air yang mempunyai suhu rendah. Nama saintifiknya adalah "Pholas orientalis"Siput Mentarang hanya boleh ditemui di pantai yang berselut sahaja seperti di Perlis atau Pantai Sabak, Selangor dan biasanya ia dikutip semasa air surut.
BAHAN-BAHAN:
  • Mentarang (dibersihkan)
  • 3 batang serai (ditumbuk)
  • Perahan lemon/jus limau nipis
  • Daun sup (dipotong kasar)
  • Sedikit sos ikan
  • Sedikit halia

CARA-CARA :
  • Campurkan semua sekali dan curahkan ke dalam mentarang.
  • Kukus sehingga mentarang masak selama 30-45minit. Mentarang ni selalunya tak akan terbuka luas apabila masak. Tak macam kupang atau kepah. jadi kena berhati-hati agar tak terlebih masak nanti tak sedap pula.

No comments:

Post a Comment