PULUT
Pulut merupakan
sejenis bijirin yang ditanam sebagai makanan. Pulut menyerupai beras tetapi
warnanya tidak berkilat dan ia mengandungi kandungan kanji yang lebih banyak,
menjadikannya melekit apabila dimasak. Pulut boleh dibuat tapai pulut, pulut
kuning, pulut lepa, pulut manis.
RESEPI PULUT LEMAK
SERINDING KELAPA
BAHAN BAHAN
SERUNDING KELAPA
1/2 biji kelapa
parut muda
2 helai daun kunyit
mayang
100 gm udang segar
kecil
BAHAN KISAR
10 tangkai cili
kering
1 s/k jintan manis
3 batang serai
5 ulas bawang merah
2 s/b udang kering
3 cm kunyit hidup
3 s/b minyak masak
garam
gula
PROSES MASAK
Panaskan minyak di
dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang dimesinhingga wangi.
Masukkan kelapa
parut, udang dan sedikit garam. Kacau hingga sebati. Bila nampak kering
taburkan hirisan daun kunyit dan sedikit gula. Kacau rata
Masukkan dalam
pinggan dan sejukkan.
BAHAN PULUT LEMAK
2 cawan beras pulut - basuh dan toskan]
2 cawan santan [1/2
biji kelapa]
garam
PROSES PENYEDIAAN
Masukkan semua
bahan dalam loyang. Letakkan loyang dalam kukusan.
Masakkan sehingga
pulut sebati dengan santan.Bila dah masak gaulkan pulut supaya santan serata.
Hidangkan dengan
serunding kelapa muda.
No comments:
Post a Comment