NASI BERIANI
Beriani (disebut
[bɪr.jaːniː]) merupakan hidangan nasi campur dari Benua Kecil India. Ia dibuat
dengan rempah-ratus, beras dan daging atau sayur-sayuran.Asal beriani tidak
pasti. Di Utara India, ia secara tradisinya dikaitkan dengan masakan Mughlai
dan di India Selatan, ia secara tradisinya dikaitkan dengan masakan Hyderabadi.
Masakan ini merupakan salah satu pengaruh utama Tamadun Islam di India.
RESEPI BERIANI DAGING
BAHAN BAHAN
1 kg daging lembu
4 sudu besar rempah
beriani
1 cawan yogurt
3 s/b tomato puree
3 biji kentang
potong kecil
2 biji tomato buah
-belah 4
3 biji tomato buah
ranum [mesinkan dengan 2 cawan air]
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 labu bawang besar
[belah 4]
1 pkok daun
ketumbar [potong kasar]
garam
BAHAN KISAR/TUMBUK
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
Bahan tumis
2 cm kulit kayu
manis
5 kuntum bunga
cengkih
2 kuntum bunga
lawang
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
minyak
PROSES MASAK
Daging dipotong
kecil dan basuh. Toskan.
Panaskan minyak dan
tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
Masukkan bahan
tumbuk dan rempah berani dan daging yg dibancuh dgn air. Kacau rata sehingga
naik minyak.
Masukkan buah
tomato yg telah dimesin denngan air dan juga tomato puree . Biarkan sehingga
lembut.
Masukkan kentang
dan yogurt. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak. Masukkan buah tomato
belah, cili merah dan cili hijau, bawang besar dan juga daun ketumbar. Rasakan
garamnya.
Bila dah nampak
layu boleh tutup api dan hidangkan dengan nasi beriani atau roti.
No comments:
Post a Comment