IKAN
Ikan ialah makanan
untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang
penting pada sepanjang sejarah tercatat.
Perkataan
"ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan
yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol
membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa
Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu
perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai
serta juga untuk ikan di dalam menu.
GULAI SIAM
BAHAN BAHAN
600 gm ayam atau
ikan kembung
2.5 cm lengkuas
1.5 cm belacan
20 biji terung
belanda
6 biji cili kering
1 biji kelapa
4 labu bawang merah
20 batang kacang
panjang
2 batang serai
1 sudu teh serbuk
kunyit
8 helai daun ruku
2 helai daun limau
purut
3 keping asam
keping
Garam secukup rasa
PROSES PENYEDIAAN
Tumbuk
atau mesin cili kering, bawang merah dan lengkuas. Campurkan serbuk kunyit.
Potong serai 5 cm dan ketuk. Potong ayam menjadi 8 atau 12 ketul. Jika
menggunakan ikan, bersihkan ikan itu dan jangan dipotong.
Potong
kacang panjang sepanjang 3 cm. Petik terung belanda sebiji-sebiji. Siat-siat
daun limau purut. Jerang santan yang dicampur dengan ramuan-ramuan dan belacan.
Kacau
perlahan-lahan. Masukkan ayam dan kacau lagi. Masukkan kacang panjang, terung
belanda, daun ruku, daun limau purut dan serai.
Masukkan
asam keping dan garam. Kacau selalu dan setelah semua empuk, bolehlah diangkat.
No comments:
Post a Comment