Agar-agar kering merupakan pada
asasnya dibuat daripada agar-agar manis yang telah dikeringkan. Agar-agar
kering biasanya dibuat pelbagai warna agar menarik dan dijemur separa kering
menjadikan ia tidak mudah rosak dan tahan lama. Pada asasnya agar-agar dibuat
seperti biasa, tetapi dengan tambahan menggunakan gula batu dan bukannya gula
pasir. Lebih dari satu warna dihasilkan dan daun pandan digunakan bagi
menimbulkan bau wangi. Kemudian apabila agar-agar telah menjadi keras, agar-agar
tersebut akan dipotong pada saiz potongan yang bersesuaian. Saiz potongan
tersebut biasanya akan berkurangan selepas dijemur apabila agar-agar tersebut
kehilangan air dan berubah menjadi agar-agar kering.
Agar-agar kering yang baik
biasanya mempunyai rupa berkaca, disebabkan kandungan gula yang mengeras
dikelilingnya. Ia mempunyai rasa yang rangup di habagian luar dan lembut di
dalam. Agar-agar kering biasanya jarang dihasilkan dan hanya dibuat bagi acara
istimewa seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha.
60 gm agar-agar bertali
1300 ml air
150 gm gula batu - diketuk halus
1200 gm gula pasir
Pewarna makanan (merah, biru,
hijau, putih)
PROSES PENYEDIAAN
Basuh dahulu agar-agar dan rendam
sebentar sehingga lembut. Tapis dan buang airnya.
Masukkan air dalam periuk dan
masukkan agar-agar. Masak sehingga agar-agar hancur dan sebati. Pastikan
agar-agar benar-benar hancur.
Masukkan gula batu dan gula.
Kacau rata. masak sehingga gula batu
hancur. Angkat dan bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna pilihan.
Sejuk dan dan biarkan ia keras
baru potong ikut bentuk pilihan anda. Anda boleh guna acuan untuk mendapatkan
bentuk bentuk yang menarik.
Jemur ditempat yang panas
sehingga ia benar-benar kering dan bergula. Balik-balik sentiasa supaya ia
kering sekata.
No comments:
Post a Comment