Saturday, March 10, 2018

RESEPI TEPUNG BOKO UBI KAYU

Ubi kayu (nama botani: Manihot Esculenta Crantz) ialah tumbuhan tropika dan subtropika dari famili Euphorbiaceae yang terkenal sebagai sumber utama karbohidrat dan daunnya sebagai sayuran. Ubi kayu dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan tetapi kini taburannya hampir di semua kawasan tropika seluruh dunia.

Nama lain bagi ubi kayu adalah ubi benggala, ubi belanda dan cassava (bahasa Inggeris). Dalam penerbitan bahasa Inggeris, tanaman ini biasanya dirujuk dengan menggunakan nama-nama tempatannya, seperti mandioca, aipim, atau macaxeira (Brazil), kassav (Haiti), mandi´o (Paraguay), akpu atau ugburu (Nigeria), bankye (Ghana), mogo atau mihogo (kawasan di Afrika yang berbahasa Swahili), kappa (India), maniok (Sri Lanka), singkong (Indonesia), kamoteng kahoy atau balanghoy (Filipina), mushu (China), củ sắn or khoai mì (Vietnam) dan manioke atau manioca (Polynesia).

Ubi kayu sering menjadi makanan pilihan apabila berlaku masalah mendapatkan sumber makanan biasa, seperti ketika musim tengkujuh atau malapetaka awam, atau semasa peperangan seperti semasa Perang Dunia Kedua. Pada masa biasa, ubi kayu hanya dimakan sekali-sekala atau dijadikan sebagai kuih. Kulit ubi kayu mempunyai asid hydrocyanic (asid hidroklorik dan potasium sianida atau sodium sianida (hydrocyanic). Oleh itu ubi kayu tidak boleh dimakan mentah, tetapi perlu dibuang kulit dan dimasak terlebih dahulu.



RESEPI TEPUNG BOKO UBI KAYU

BAHAN BAHAN
1 ketul ubi kayu yg besar ~ (dalam 3 cawan ubi parut)
1 cawan gula pasir
10 helai daun pandan ~ kisar dengan
2 cawan air dan ambil patinya.
sedikit pewarna hijau jika perlu
secubit garam

PROSES PENYEDIAAN
Ubi dikopek kulitnya (jangan dipotong) dan dibasuh bersih. Belah 2 untuk membuang urat tengahnya. Parut ubi sehingga habis. (Boleh juga dikisar menggunakan blender tp pastikan juga uratnya dibuang terlebih dulu.)

Perahkan/ toskan air dari ubi parut tadi. Tak perlu terlalu kering. Perah sikit jer tapi kalau kisar campur air pastikan perah guna kain maslin sebab ubi terlalu halus.

Panaskan periuk kukus.

Campurkan parutan ubi, gula pasir, air daun pandan, garam & sedikit pewarna hijau sehingga rata.

Masukkan adunan ubi di dalam loyang dan kukus selama 30 minit.

Hidangkan bersama kuah / sos santan dengan cara scopping.

BAHAN BAHAN SOS SANTAN
1 kotak santan (200 ml) (nak lebih lemak boleh lebihkan santan lagi.. kurangkan sukatan air)
500 ml air
4 ~ 5 sudu besar tepong beras
2 sudu kecil rata garam
sehelai daun pandan ~ disimpul

PROSES PENYEDIAAN
Bancuh tepung beras dengan sedikit air sehingga rata (ambil air dari 500 ml tadi). Tapiskan.

Campurkan santan, air & air bancuhan tepong beras, garam dan daun pandan dalam periuk.

Masak di api sederhana sehingga kuah menjadi pekat & masak. Rasakan garam nya.

Sedia untuk dihidangkan bersama kuih ubi yang dikukus tadi.

No comments:

Post a Comment