Thursday, March 08, 2018

FLUFFY PANCAKE / JAPANESE PANCAKE


Lempeng atau penkek (Bahasa Inggeris: pancake) adalah makanan jenis kek yang dimasak menggunakan bater  sebagai bahan utama di atas permukaan rata yang panas seperti kuali yang disapu lemak seperti minyak dalam mentega.

Bater biasanya dibuat daripada sejenis tepung, misalnya tepung gandum atau tepung beras, yang dibancuh bersama air dan sedikit garam. Kadangkalanya telur juga dimasukkan untuk mendapatkan tekstur adunan lempeng yang lebih bagus. Bater lempeng boleh dibuat menggunakan tangan ataupun pengisar.

Lempeng bukan sejenis roti atau roti leper, kerana roti memerlukan adunan tepung menjadi doh. Adunan lempeng selalu dimasak diatas kuali leper.

FLUFFY PANCAKE / JAPANESE PANCAKE

BAHAN-BAHAN
4 cawan tepung , di ayak
4 sudu baking powder
4 cawan susu suam
3/4 cawan mentega cair,
3biji telur kuning & 4 biji telur putih
Butter, honey atau Syrup maple sebagai cadangan hidangan

PROSES PENYEDIAAN
Dalam mangkuk,  tepung di ayak bersama serbuk penaik.

Dalam mangkuk yang berasingan, tambah mentega, susu, dan kuning telur, kacau hingga sebati.

Di mangkuk ketiga, pukul putih telur sehingga kembang dan bertanduk.

Perlahan-lahan gabungkan tepung dengan mentega dan campuran susu, kacau sehingga sebati kemudian masuk kan putih telur.. kacau perlahan-lahan..

Gunakan pada api yang rendah. Letak tudung/tutup dan masak selama 3 hingga 5 minit.. 
Ulangi dengan adunan baki.
Hidang kan bersama dengan sirap maple, butter atau madu.

No comments:

Post a Comment