Thursday, March 08, 2018

SIZZLING MEE

Masakan Cina berasal dari pelbagai tempat di China dan telah meluas di serata dunia iaitu Asia Timur hingga Amerika Utara, Australia dan Eropah Barat.  Perbezaan kebudayaan anatara setempat amat ketara di China, berbeza jenis gaya makanannya.  Terdapat lapan masakan setempat, antaranya Anhui, Kantonis, Hokkien, Hunan, Jiangsu, Shandong, Szechuan dan Zhejiang.  Terdapat juga masakan mengikut agama termasuklah Buddha dan Muslim.

Hidangan Cina kebiasaannya terdiri daripada dua atau lebih komponen utama iaitu sumber karbohidrat atau kanji (dikenali sebagai zhǔshí ). Contohnya seperti nasi, mee atau mantou (pau kukus).  Hidangan ini sering dihidangkan bersama-sama dengan hidangan seperti sayur-sayuran, daging, ikan atau benda-benda lain.

Mee merupakan bahagian yang penting dalam kebanyakan masakan Cina.  Walau bagaimanapun, di kebanyakan tempat terutamanya Utara Cina, produk berasaskan gandum termasuk mee dan pau kukus lebih banyak berbanding dengan Selatan Cina yang lebih menggemari nasi. 

SIZZLING MEE


BAHAN-BAHAN
Yee mee - direndam atau dibasuh sekejap.
Bawang putih - hiris atau cincang
Halia - hiris nipis
Cendawan shitake ( bahan utama )- cuci bersih, rendam & potong.
Cili kering- beberapa tangkai (potong 3 & rendam)
Isi ayam - dihiris
Kiub ayam
Kicap pekat
Kicap manis
Sos tiram
Minyak bijan - anggaran 2 sudu
Sayur - sawi or baby kailan ( lain sayur, blh tambah jika suka)
Serbuk lada hitam ajisio / lada hitam tumbuk.
Serbuk lada sulah *optional.
Tepung jagung - anggaran 2-3 sudu, dibancuh dgn sedikit air, just untuk pekatkan kuah.
Minyak untuk menumis.
Telur - dipecahkan masa nak makan
Penambah perisa & garam - jika perlu.
Sizzling plate or kuali leper.


PROSES PENYEDIAAN
1. Rebus cendawan shitake dgn beberapa cwn air

2. Tumis bawang putih & halia sehingga terbit bau. Masukkan cili kering yg dipotong 3.

3. Dah agak garing, masukkan isi ayam.Goreng sehingga isi ayam agak masak.

4. Kemudian masukkan tumisan bawang berserta isi ayam, kedalam periuk rebusan shitake.

5. Masukkan kiub ayam, sos tiram, kicap manis+pekat, serbuk lada hitam & lada putih.

6.  Masak sehingga mendidih. Adjust rasa.

7. Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung utk memekatkan kuah..( anggaran 2 -3 sudu ).

8. Utk menghidang. Panaskan sizzling plate, letak  yee mee ditengah plate.tuangkan kuah sizzling dan pecahkan sebiji telur ditepinya.

9. Masukkan sayur sawi / baby kailan.

8. Panaskan sekejap sahaja , tutup api dan terus boleh dimakan.


No comments:

Post a Comment