Umai
merupakan makanan tradisi kaum Melanau yang berada di Sarawak terutamanya golongan
nelayan. Pada dasarnya, umai merupakan juadah yang terdiri daripada hirisan
ikan mentah yang dicampur dengan bawang, cili, garam dan perahan air limau
Umai
merupakan sejenis makanan laut trasional masyarakat Melanau di Sarawak. Umai
juga merupakan sepupu sashimi(shusi) di Negara Jepun.Tetapi umai tetap popular
dikalangan masyarakat di Sarawak.Di mana-mana di Sarawak, Umai tetap menjadi
buah mulut masyarakatnya. Bahagian Mukah sinonim dengan gelaran Bahagian Umai.
Umai merupakan ikan yang dihiris halus-halus dan dibuang tulangnya.
Kalau anda
tidak mahu membuang tulang ikan pun tidak mengapa tetapi lebih molek kalau
tulang ikan dibuang supaya kebarangkalian untuk anda tertelan tulang ikan
adakah kecil. Ikan di laut yang telah siap dihiris itu tadi akan digaulkan
bersama-sama asam di darat iaitu limau nipis, bawang merah, bawang putih,
bawang besar dan tidak lupa cili.Nak masam lagi anda boleh tambah buah
maram(ba’un-buah dari pohon mulung) Semakin banyak limau nipis dan cili semakin
sedap jugalah umai anda. Kemudian, hirisan ikan itu tadi akan digaul hingga
sebati(macam membuat kuih pula) dengan bahan-bahan yang di darat tadi. Untuk
menambah rasa Umai, tambahkan sahaja MSG dan garam secukup rasa. Jadilah umai
yang mudah untuk disediakan.
Oleh kerana
umai ini adalah mudah disediakan,nelayan biasanya hanya berbekalkan bawang,
cili, limau, garam dan MSG sahaja ke laut.Kemudian seekor dua ikan pastinya
menjadi mangsa mereka untuk menjadi santapan apabila lapar. Selain ikan, udang
dan bubuk(sejenik udang kecil) juga menjadi mangsa nelayang untuk dijadikan
umai. Umai sangat mudah disediakan dan tidak memerlukan modal yang besar untuk
membuatnya. Ingat, umai sedap jika ikan itu betul-betul segar dan jika umai
telah siap untuk dimakan
RESEPI UMAI KAKI AYAM
BAHAN-BAHAN:
1kg kaki ayam
| direbus dan dihiris kasar
4 biji
bawang besar | dihiris nipis
2 batang
serai | dihiris halus
10 biji cili
padi | dihiris halus
5 biji Limau
kasturi | diambil jusnya
Garam
secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan
kaki ayam yang dihiris tadi ke dalam mangkuk bersama hirisan serai dan cili
padi.
Masukkan
garam secukup rasa dan perahan limau. Gaul sebati dan perap selama sejam.
No comments:
Post a Comment