Thursday, March 08, 2018

RESEPI BISKUT LIDAH KUCING PELANGI


Kuih lidah kucing adalah sejenis kuih kering yang berbentuk seperti lidah kucing (panjang dan tipis) yang berasal dari Belanda. Kuih lidah kucing memiliki rasa yang enak, gurih dan rangup. Kuih ini masuk ke Indonesia dari belanda seiring dengan kolonialisasi Belanda. Dalam bahasa Belanda, kuih ini dinamakan "Katte Tong".

Kini Kuih ini semakin diminati rakyat di Malaysia terutamanya kanak kanak yang tertarik dengan warna warni kuih tersebut.

RESEPI BISKUT LIDAH KUCING PELANGI

BAHAN-BAHAN
250 gm mentega
175 gm gula kastor
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex(peranggup biskut)
Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru
Loyang khas lidah kucing digris dengan sedikit mentega

PROSES PENYEDIAAN
1. Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan

2. Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim

3. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati

4. Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hingga rata

5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian

6. Letakkan pewarna untuk setiap bahagian

7. Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan

8. Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil

9.Paipkan atas loyang lidah kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna pelangi

10. Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit

11. Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah

12. Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara

No comments:

Post a Comment