Thursday, March 08, 2018

RESEPI BBQ KEPAK AYAM MADU


Barbeku atau BBQ merujuk kepada kaedah dan juga alat untuk memasak daging dengan mempergunakan haba dan asap daripada kayu bakar atau arang bara ataupun daripada gril gas propana. Daging barbeku boleh disediakan dengan membubuh cairan perap, rempah sapu, atau sos simbahan.Istilah "barbeku" boleh digunakan dalam beberapa cara:

Sebagai kata nama, istilah ini boleh merujuk kepada alat memasak pada dirinya, atau kepada parti atau majlis yang merangkumi makanan tersebut.

Sebagai adjektif, ia boleh merujuk kepada makanan yang dimasak menerusi kaedah ini. Sebagai kata kerja, ia merujuk kepada perbuatan memasak makanan dengan cara ini.

Barbeku biasanya dimasak di persekitaran luar rumah dengan menggunakan asap kayu atau arang, manakala barbeku restoran dimasak dengan menggunakan ketuhar bata atau logam yang direka bentuk khusus untuk tujuan ini.

RESEPI BBQ KEPAK AYAM MADU

BAHAN-BAHAN:
8 ketul kepak ayam
3 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
3 sudu makan kicap manis
5 sudu makan sos lada hitam
3 sudu makan sos tiram
4 sudu makan madu
2 sudu makan jus lemon
1 sudu makan minyak jagung
Garam secukup rasa
Bijan putih untuk ditaburkan atas ayam

CARA MEMASAK:
Kepak ayam dibersihkan dan ditoskan.
Gaul semua bahan bersama kepak ayam kecuali bijan dan perap selama 2-3 jam.
Bakar sehingga kepak ayam masak kekuningan .

No comments:

Post a Comment