Coklat umumnya
diberikan sebagai hadiah atau pemberian pada hari-hari istimewa. Dengan bentuk,
corak, dan rasa yang unik, coklat sering digunakan sebagai ungkapan terima
kasih, simpati, atau prihatin sehinggalah juga kepada pernyataan cinta. Pada
pendahuluannya, coklat tidak bermula sebagai makanan (kecil), tetapi minuman
dengan rasa yang istimewa.
Coklat dihasilkan
daripada koko (Theobroma cacao) yang mula-mula tumbuh di daerah Amazon utara
melunjur ke Amerika Tengahyang berkemungkinan hingga ke Chiapas, bahagian
paling selatan Mexico. Orang-orang Olmec memanfaatkan pokok tersebut dan,
mungkin juga, membuat “coklat” di sepanjang pantai teluk di selatan Mexico
sekitar 1000 tahun SM. Peradaban pertama yang mendiami daerah Meso-Amerika itu
mula mengenal pokok “kakawa” yang buahnya digunakan sebagai minuman.Coklat
ialah nama sebuah makanan yang diolah daripada biji koko.
RESEPI CREAM PUFF COKLAT
BAHAN
BAHAN
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
1 cawan air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1/2 cawan mentega tanpa garam
4 biji Telur
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
1 cawan air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1/2 cawan mentega tanpa garam
4 biji Telur
PROSES PENYEDIAAN
Ayak tepung dan serbuk koko. Panaskan bahan-bahan yang lain kecuali telur sehingga mentega cair. Tutup api.
Masukkan campuran tepung sekali gus & kacau sehingga sebati.
Masukkan telur satu-persatu sambil di pukul. Pastikan adunan likat dan boleh dipaipkan.
Masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle bintang dan paip di atas dulang pembakar yang telah di alas dengan kertas parchment / kertas minyak yang di gris.
Bakar 25 minit suhu 210C. Sejukkan. Potong cream puff di bahagian tengah, paipkan dengan coklat ganache atau nutella. Boleh taburkan badam nib jika suka. Badam tersebut perlu dibakarkan terlebih dahulu sebelum tabur pada coklat ganache tersebut.
COKLAT GANACHE:
Bahan-bahannya:
100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat dicincang halus
1 sudu besar golden syrup
1 sudu teh paste vanila
CARANYA
Double boil cream jangan sampai mendidih, tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair angkat dan sejukkan
No comments:
Post a Comment