Ikan Keli adalah ikan
air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia.
Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut sebagai
"ikan semilang". Bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup di laut.
Ikan keli boleh
didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua,
Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Ia juga banyak terdapat di Tasik
Chini, Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil
seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, selain
di Sungai Bera dan Sungai Serting.
Antara jenis-jenis
ikan keli yang boleh didapati adalah:-
Ikan Keli Kayu
Ikan Keli Bunga
Ikan Keli Eksotika
Ikan Keli Limbat
Ikan Keli Mata Kati
Ikan Keli Rusia
Ikan Keli Afrika
Ikan Keli Jeram
Ikan Keli Hutan
IKAN KELI MASAK SAMBAL HIJAU
BAHAN-BAHAN
3 ekor ikan keli |
dipotong dan dibersihkan
10 batang cili hijau
| dikisar
2 biji bawang besar |
dipotong dadu
2 biji buah tomato |
dipotong dadu
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Serbuk kunyit
secukupnya
Minyak masak untuk
menumis secukupnya
PROSES PENYEDIAAN
1 Panaskan sedikit
minyak masak di dalam kuali. Tumis bunga lawang, bunga cengkih, jintan manis,
kulit kayu manis dan daun kari sehingga berbau harum.
2 Panaskan kuali
dengan minyak masak. Goreng ikan keli sehingga garing. Angkat dan ketepika.
3 Tinggalkan sedikit
minyak di dalam kuali. Tumiskan cili hijau sehingga garing.
4 Selepas itu
masukkan bawang dan tomato. Gaul sehingga rata.
5 Perasakan dengan
garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga masak.
6 Kemudian siramkan
pada ikan keli tadi. Sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment