Thursday, March 08, 2018

SAGU GULA MELAKA

Pokok sagu tergolong dalam tanaman dari famili Palmae yang mengeluarkan sulur. Pokok sagu banyak terdapat di Malaysia dan kawasan hutan hujan ASEAN. Pokok sagu juga dikenali sebagai pokok Rumbia. Pokok sagu mempunyai batang yang besar, tegap, mencapai ketinggian antara 10–12 meter, mempunyai isi yang lembut dan mengandungi kandungan kanji yang tinggi. Pokok sagu juga merupakan sumber makanan asasi bagi kaum peribumi di Sabah dan Sarawak, antaranya suku kaum Bisaya, dan Melanau
BAHAN-BAHAN
  • 1 cawan sagu
  • Seketul gula melaka / nise kerek
  • Santan/susu cair
  • Gula & garam secukup rasa
  • Pewarna makanan

CARA MEMASAK
  • Basuh dan rendam sagu guna 1 cawan air. Rendam 15 minit.
  • Didihkan 2 cawan air.
  • Masukkan sagu, garam secubit, pewarna makanana, kacau atas api perlahan. Kena sentiasa di kacau. Bila agak agak sagu dah tak banyak putih, n pekat, maksudnya dah masak le tu.
  • Tuang dalam bekas. Sejukkan dulu sebelum masukkan dalam peti sejuk.
  • Masak gula melaka/nise, ikut kepekatan yg dikehendaki.
  • Masak santan atas api sampai mendidih. Buh gula putih sikit ja. Bagi rasa rasa manis. (kalau xnak guna santan, nnt masa makan curah susu cair)
  • Masuk semua benda ni dalam peti ais. Dah betul sejuk dingin, baru makan. Musim panas panas ni laju je makan sejuk sejuk.




No comments:

Post a Comment