Thursday, March 08, 2018

RESEPI SUP AYAM


Sup adalah makanan cecair, secara amnya disaji panas (tetapi boleh juga disaji dingin atau sejuk), yang dibuat dengan menggabungkan bahan-bahan seperti daging dan sayuran dengan stok, jus, air, atau cecair yang lain. Sup panas dicirikan dengan mendidihkan bahan-bahan pepejal di dalam cecair di dalam periuk sehingga rasanya diekstrak, membentuk air rebusan atau kaldu.

Secara tradisinya, sup dikelaskan kepada dua kumpulan utama: sup jernih atau cair dan sup pekat. Klasifikasi Perancis bagi sup cair adalah kaldu dan consommé. Sup pekat dikelaskan bergantung kepada jenis ejen penebalan digunakan: puri adalah sup sayur dipekatkan dengan kanji; bisk diperbuat daripada puri kerang atau sayur-sayuran dipekatkan dengan krim; sup krim dipekatkan dengan sos béchamel; dan veloutés dipekatkan dengan telur, mentega, dan krim. Bahan-bahan lain yang biasa digunakan untuk memekatkan sup dan kaldu termasuk telur, nasi, lentil, tepung dan gandum; banyak sup popular juga menggunakan lobak merah dan kentang.

Sup adalah serupa dengan stew, dan dalam beberapa kes mungkin tiada perbezaan yang jelas antara kedua-duanya. Walau bagaimanapun, sup umumnya mempunyai cecair yang lebih daripada stew

RESEPI SUP AYAM                         
               
BAHAN-BAHAN
500 gm ayam - dipotong kecil dan cuci bersih
3 kuntum bunga cengkih dan 2 biji pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 biji kentang - potong baji
daun bawang dan daun sup - dimayang halus
1 biji tomato - belah 4
1/2 batang lobak merah - potong panjang 1 inci

BAHAN KISAR
3 biji buah keras
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil jintan manis - sangai dahulu

PROSES PENYEDIAAN
mula-mula panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis semua bahan kisar bersama bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, dan bunga lawang.

selepas tu masukan ayam dan biarkan sebentar kemudian masukan juga air lebih kurang 3 cawan hingga merenih.

bila air sup sudah mulai mendidih masukan kentang dan lobak merah masak hingga empuk

akhir sekali, masukan tomato yang sudah dibelah 4 tadi dan perasakan dengan gula dan garam secukupnya. taburkan daun bawang dan daun sup, sup ayam siap untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment