Telur
masin merujuk kepada telur yang diawetdengan menggunakan garam bagi mengekalkan
ketahanannya. Jenis telur masin yang paling popular adalah telur itik. Ini
adalah kerana kuningnya yang lebih besar, tetapi telur ayam turut boleh
dijadikan telur masin. Telur
masin pernah merupakan hasil perdagangan penting orang-orang China yang
mengembara ke luar negeri sebagai bahan bekal dan bahan perdagangan. Telur-telur
ini disimpan di dalam tempayan yang kemudiannya turut dijual selepas telur di
dalamnya habis digunakan.
BAHAN BAHAN
- Sotong potong bulat(bersihkan, tos, keringkan air sotong dgn tisu dapur)
- 1cwn tpg jagung*
- setengah cwn tpg beras*
- 3 sudu besar lada putih*
- 1 sudu kecil garam*
- sebiji telur
PROSES PENYEDIAAN
- campur semua bahan bertanda*
- pecahkan telur kacau2 sebati.. masukkan sotong tadi satu satu.
- masukkan pula sotong yg dicelup td ke dlm bekas yg ada bahan2 bertanda*(tpg utk sotong goreng) dan goreng dlm minyak yg banyak dan panas..
- masukkan satu2.. jangan kacau sotong agak2 tpg dah garing br kacau perlahan2. bila sotong dah msk ketepikan
BAHAN TUMIS
- 2 sudu besar butter
- sebiji telur masin(nak rebus dulu pun blh, x nak rebus lecek2kan.. ambik semua kuning n putih)
- cili padi
- 4 ulas bwg putih(ketuk)
- daun kari 3@4 tangkai
- sebiji bwg holland
PROSES PENYEDIAAN
- cairkan butter, mskkan bwg putih, bwg holland, cili padi n daun kari
- masukkan telur masin.kacau2 rata. masukkan sotong yg di goreng td.. kacau sekejap dah angkat..hidang panas2.
No comments:
Post a Comment