Ikan Siakap atau juga
dikenali sebagai ikan Kakap Putih, merupakan ikan air tawar dan air masin. Nama
sainsnya Lates calcarifer.
Ikan Siakap merupakan
ikan pemangsa. Ikan Siakap mendiami sungai, dan air laut. Diet utamanya adalah
anak-anak ikan (termasuk anaknya) dan juga udang, serangga kecil seperti
cengkerik, dan cacing.
Siakap muda makan zooplankton. Spesies katadromous ini tinggal di
sungai dan menyusur sungai dan kekuala dan lembah takungan banjir bagi
bertelur. Pada permulaan monson, ikan jantan menyusur kehilir bagi bertemu ikan
betina, yang bertelur dengan banyaknya (berjuta setiap ekor). Ikan dewasa tidak
menjaga telor atau anaknya, yang memerlukan air payau untuk berkembang. Spesies
ini adalah hermaphroditik turutan, kebanyakan individual matang sebagai jantan
dan menjadi betina selepas sekurang-kurangnya satu musim mengawan; dengan itu
kebanyakan spesimen besar adalah betina.
SIAKAP 3 RASA ALA
THAI
BAHAN-BAHAN A
1 ekor ikan siakap
2 batang serai - dititik
2 sudu besar gula perang
1 sudu kecil perencah Maggi Cukup Rasa
4 - 5 helai daun limau purut
2 biji bawang besar - dipotong gegelang (bulat)
Gula putih dan garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng ikan
BAHAN-BAHAN SAYUR (B):
¼ biji cili benggala merah - dipotong dadu
¼ biji cili benggala hijau - dipotong dadu
Lobak besar @ baby carrot - dihiris serong
BAHAN-BAHAN TUMIS (C):
5 biji cili merah – dibuang biji dan dipotong dadu
5 biji cili padi – dihiris halus
1 biji bawang besar – dipotong dadu
4 ulas bawang putih – dipotong dadu @ dicincang
1 inci halia – dihiris halus
Sedikit minyak daripada gorengan ikan.
BAHAN-BAHAN SOS DAN KICAP (D):
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos cili Thai
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap lemak manis Enaq
1/2 cawan air (bergantung kepada kuantiti kuah yang dikehendaki)
PENYEDIAAN IKAN:
1. Ikan dibersihan dan ditoskan. Kemudian lumur ikan siakap dengan
kunyit, sedikit garam halus, Maggi Cukup Rasa, dan tepung jagung.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan siakap sehingga garing.
Kemudian angkat dan ketepikan.
PENYEDIAAN KUAH TIGA RASA:
1. Gunakan sedikit daripada minyak gorengan ikan tadi untuk
menumis. Masukkan bahan-bahan C bersama serai. Tumis sehingga naik bau dan
bawang sedikit garing.
2. Kemudian masukkan semua jenis sos, kicap lemak manis Enaq.
Tambah air (bergantung kepada kuantiti kuah yang dikehendaki). Kacau rata dan
masak sehingga kuah mendidih.
3. Bila kuah telah mendidih masukkan daun limau purut dan
sayur-sayuran. Perasakan dengan garam, gula perang, gula putih, dan perencah
maggi cukup rasa. Biarkan seketika sehingga mendidih sekali lagi.
4. Akhir sekali sebelum ditutup api, masukkan bawang besar yang
dipotong gegelang @ bulat tadi. Kacau rata dan bolehlah ditutup api.
5. Tuang kuah di atas ikan. Sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment