Tuesday, March 06, 2018

RESEPI LEPAT LIAT TRADISI

Kuih lepat atau juga dikenali sebagai kuih belebat merujuk kepada kumpulan kuih yang dihasilkan dengan membungkusnya dalam daun pisang dan dikukus. Terdapat pelbagai jenis kuih lepat/belebat yang ada, bergantung kepada ramuan yang digunakan. Antara jenis kuih lepat yang popular adalah:-

Lepat pisang
Lepat ubi
Lepat jagung

RESEPI LEPAT LIAT TRADISI
BAHAN-BAHAN
2 cawan air
3 cawan tepung pulut
1/2 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
1 1/2 santan pekat
daun pisang yang dipotong - ukuran 6 inci

CARA MEMBUATNYA
Masak gula merah dan gula putih dengan 2 cawan hingga mendidih.Sejukkan & ketepikan dulu.

Masakkan pula santan dalam periuk hingga mendidih.

Campurkan santan dengan gula yang dimasak tadi ke dalam tepung & uli sehingga sebati.

Ambil daun pisang dan balutkan dengan daun pisang sehingga habis adunan.


Kukus sehingga masak.



No comments:

Post a Comment