Friday, March 09, 2018

RESEPI SOTONG PETAI SAMBAL NYONYA

Masyarakat Baba dan Nyonya sememangnya terkenal di Melaka. Masyarakat ini juga terkenal dengan makanan tradisinya turun temurun dari nenek moyang mereka. Biasanya makanan kaum Baba berasal dari masakan Cina tetapi disesuaikan dengan selera kaum Baba yang gemarkan masakan pedas kaum Melayu. Tetapi amalan ini hanya dilakukan di rumah sahaja. Jenis-jenis masakan Baba adalah seperti kari, sambal dan sup ketam, itik timitik yang disalut dengan sayur jeruk atau diperam, itik sioh iaitu daging itik yang disalut dengan rempah, acar Nyonya dan nasi lemak.

BAHAN BAHAN
  • 300gm sotong
  • 1 Biji Bawang Holand dihiris
  • Sos Plum
  • Serbuk lada Hitam
  • garam dan gula

BAHAN KISAR
  • Cili kering dibersihkan dan direbus. Toskan.
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Serai
  • Sedikit cili api (jika perlu)
  • Daun ketumbar (batang dan akarnya sahaja)
  • Minyak masak

PROSES PENYEDIAAN
  • Semua bahan dikisar hingga lumat.
  • Tumis seperti sambal biasa hingga garing (guna api kecil) dan masukkan sos plum, garam, gula dan serbuk lada hitam. Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.
  • Kemudian masukkan bawang holand hiris kasar. Bila bawang sedikit layu masukkan petai. Besarkan api sedikit terus masukkan sotong yang telah dibersihkan. Gaul rata. Pastikan api besar dan kacau jangan bagi hangit.
  • Masukkan daun ketumbar (daun sahaja) lebihan dari yang diblend untuk sambal.
  • Perasakan jika perlu.

No comments:

Post a Comment