Friday, March 09, 2018

RESEPI POPIA BASAH

Popia merupakan sejenis kuih yang sedap dan mudah didapati. Ia disediakan dalam pelbagai cara daripada mentah, digoreng, disira, dan terdapat juga popia mini. Popia terdiri daripada tiga bahagian iaitu kulit, isi, dan kuah. Bahagian kulit diperbuat daripada tepung gandum, tepung ubi kayu dan garam, sehingga menjadi doh yang kenyal. Kemudian doh akan diregangkan dan dijadikan satu lapisan nipis yang bulat diatas kuali leper, seolah seperti lempeng. Kini kulit popia boleh dibeli di kebanyakan pasaraya.

Untuk ramuan kuah/sos, selain memasukkan garam sebagai perasa, gula dan limau nipis juga boleh dimasukkan bagi menghasilkan rasa yang lebih sedap. Terdapat tiga cara penggunaan kuah/sos bagi menikmati popia iaitu dengan cara mencicah, dengan cara memasukkan ke dalam popiah ketika menikmatinya, atau dengan cara memasukkan ke dalam popia sebelum digoreng. Bagi penduduk Bukit BaruKampungku Sayang, mereka mempunyai istilah lain bagi popia iaitu piakau.

RESEPI POPIA BASAH

BAHAN KULIT
2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam

BAHAN INTI POPIA
1/2 biji kobis – di racik halus
3 biji sederhana besar carrot – di sagat halus
1 biji sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering
garam secukupnya
minyak untuk menumis

BAHAN SOS SAMBAL
15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar kicap manis
minyak untuk menumis
garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
Kacang kisar – jika suka

PROSES PENYEDIAAN

KULIT POPIA
Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan. Gaulkan (macam buat cekodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam.

Ceduk sedikit adunan dan lenserkan ke atas kuali leper. Buat dari arah jam, mulakan dari tepi dulu kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan.

Setelah rata, biarkan sampai tepung masak sebentar. Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan. Boleh disusun berlapis-lapis kerana ia tidak melekat.

INTI POPIA
Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yang dikisar tadi.

Kemudian tambahkan sos tiram dan secubit garam. Masukkan pula sayuran dan masak hingga sedikit layu.

SOS SAMBAL
Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.

Masukkan kicap dan gula perang, garam dan perasa. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal.

Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng lipat macam biasa dan gulung sedia untuk dimakan.


No comments:

Post a Comment