Thursday, March 08, 2018

RESEPI KUAH KACANG (SATAY)


Kuah kacang, kuah sate, bumbu kacang, atau sambal kacang ialah sejenis kuah yang digunakan secara luas dalam masakan Indonesia, Malaysia, Thailand, Vietnam, dan China. Ia juga digunakan, sedikit sebanyak, dalam masakan Eropah dan Timur Tengah

Ramuan utama adalah sebuah pes asas kacang bakar seperti mentega kacang, yang sama dengan kicap memberinya suatu citarasa berkacang dan masin. Beberapa resipi berlainan untuk membuat kuah kacang wujud, menyebabkan dalam pelbagai perisa. Suatu resipi lazim biasanya mengandungi mentega kacang (licin atau rangup), santan, kicap, halia, bawang putih, dan rempah (seperti biji ketumbar, jintan putih, dsb). Ramuan lain mungkin juga mengandungi lada cili, gula, susu, bawang merah goreng, biji bijan, minyak zaitun atau kacang.
BAHAN-BAHAN
  • 600 gm kacang tanah - disangai (digoreng kering)
  • 5 biji bawang besar
  • ½ cawan cili kering - dikisar
  • 1 cawan gula melaka
  • 1 sudu besar gula pasir - saya tambah
  • 1 cawan minyak mazola
  • 2-3 cawan air
  • Garam secukup rasa - saya guna 1/2 sudu besar garam halus

PROSES PENYEDIAAN
  • Kacang tanah mestilah cukup masak sewaktu disangai. Dibuang kulit, disejukkan dan direndam seketika sebelum dikisar. Ketika kisar dalam blender, guna air secukupnya untuk gerakkan blender. Jangan terlalu banyak sangat air.
  • Bawang besar dimayang. Kemudian panaskan periuk guna 1 cawan minyak dan tumislah bawang hingga wangi. Kemudian masukkan cili kering kisar dan goreng sampai naik minyak.
  • Apabila sudah naik minyak, masukkan kacang yang telah diblend. Masukkan sebanyak kira kira 2-3 cawan air.
  • Bila sudah menggelegak, masukkan gula melaka dan garam. Kuah kacang mesti ada rasa manis sikit.
  • Kuah satay akan menjadi pekat apabila ia sudah sejuk. Jadi, pandai pandailah nak mengagak banyak mana air yang hendak diletak.


Nota:
Sedap dimakan dengan satay, nasi himpit, bawang hiris, timun dan cili api bubuh kicap..dan boleh juga dijadikan kuah untuk makanan2 lain yang bersesuaian

Boleh goreng kacang tanah bersama sedikit minyak dan ditumbuk dgn kulitnya sekali hingga separuh halus. Atau Goreng kacang dengan minyak hingga kuning angkat toskan.

Jika lebih, boleh disimpan di dalam freezer untuk tahan lama.

No comments:

Post a Comment