Kuih
talam bukanlah jenis kuih yang khusus, tetapi biasanya merujuk kepada cara
pembuatan jenis kuih yang dibuat di dalam bekas talam. Ia merangkumi beberapa
jenis kuih seperti Bengkang ubi, kuih lapis, Kuih Seri Muka dan pelbagai lagi.
Biasanya
kuih talam ini tidak memiliki bentuk khusus kerana ia mengikuti bentuk talam,
samaada bulat, segi empat sama atau segi empat tepat. Selepas kuih masak,
barulah ia dipotong mengikut saiz hidangan. Secara kasarnya, saiz hidangan
bergantung pada yang memotongnya.
Sekiranya
ia dibuat untuk dihidangkan seperti dihotel-hotel, ia dipotong kecil saiz
sesuap mulut. Ini bagi memudahkan ia dimakan. Sekiranya ia untuk dijual
dikedai, ia mungkin bersaiz lebih besar sedikit bagi menarik minat pembeli yang
mungkin akan memilik gerai pesaing sekiranya saiz jualan lebih kecil berbanding
kuih pesaing.
RESEPI TALAM SAGU BANJAR
LAPISAN BAWAH
40gram
tepung ubi
45gram
tepung hoen kwee
75gram
tepung beras
220ml
santan pekat
1/4tsp
garam
150gram
gula merah*
75gram
gula kastor*
300ml
air*
2helai
daun pandan*
#
masak bhn yg brtanda* hingga larut...tapis
Satukan semua bahan
diatas..tapis Masak smpai wap(xpekat n xcair sgt) Kukus
25minit...loyang 10"x10"
LAPISAN TENGAH
300gram
sagu kecil(basuh n rendam 30minit...air paras sagu lebih skit)
100gram
kelapa parut(putih shj)
11/2tsp
garam
100ml
santan pekat
250ml
air
Satukan
semua...curah atas lapisan bwh...kukus 25minit
LAPISAN ATAS
210gram
gula kastor
100gram
tepung kastard
20gram
tepung gandum
400ml
santan pekat
400ml
jus pandan
3biji
telur
1/2tsp
garam
1/2tsp
air abu
Sedikit
pewarna hijau apple star brand
#
satukan semua bahan...tapis...masak atas api hingga wap(xcair n xpekat sgt)
Curah
atas lapisan tengah...kukus 30minit...siap!
Tunggu
sejuk baru potong
No comments:
Post a Comment