Friday, March 09, 2018

RESEPI HATI LEMBU GORENG

Goreng ialah satu proses memasak dengan menggunakan minyak, lemak(mentega), garam atau pasir. Umumnya di Malaysia, kebanyakan pengguna menggunakan minyak dari kelapa sawit untuk menggoreng tetapi ada pilihan minyak yang lain seperti minyak bunga matahari, minyak jagung, minyak kelapa dan minyak zaitun. Minyak kelapa sawit lebih banyak digunakan kerana mudah didapati dan lebih murah. Suhu gorengan hendaklah dikawal secara betul untuk memastikan masakan dimasak dengan betul dan sedap. Menggoreng dengan minyak yang Sedikit dikatakan digoreng secara tohor.

Goreng penuh ialah menggoreng dengan minyak yang banyak.Goreng celup tepung ialah makanan yang disaluti tepung sebelum digoreng contohnya ikan goreng celup, sotonggoreng celup, pisang goreng, keledek goreng, sukun goreng, cempedak goreng dan ayamgoreng. Di China dan India, buah beranganatau kacang tanah digoreng dengan pasir panas atau garam panas.


RESEPI HATI LEMBU GORENG

BAHAN BAHAN
hati lembu 1/2 kg
bwg merah besar 2 biji
bwg putih 4 ulas
cili kisar 3 sudu makan
kayu manis
bunga lawang
daun pudina hiris kasar
bwg holland dihiris
kicap lemak manis
minyak untuk menumis

PROSES PENYEDIAAN
Rebus hati lembu dulu. lepas tu hiris. bwg merah, bwg putih di blend. kalo rajin tumbuk je..

Tumis kayu manis dan bunga lawang. naik bau masukkan bwg blend td. tumis sekejap dan masukkan cili kisar. tumis sehingga pecah minyak.

Masukkan hati lembu gaul rata. masukkan kicap lemak manis secukup rasa. 

Hampir masak masukkan daun pudina dan bwg holland. gaul kejap dan tutup api. boleh hidang.

No comments:

Post a Comment