Tuesday, March 06, 2018

TELUR BUNGKUS ASLI ALA THAI


Telur (Latin, ovum) merupakan zigot yang dihasilkan melalui pensenyawaan terhadap ovum. Telur merupakan berongga yang organik di mana satu embrio haiwan yang pertama sedang membentuk. Telur boleh membentuk dengan sendiri di luar rahim ibunya. Telur mempunyai embrio yang sedang membentuk sehingga ia selamat menetas sambil berhadapan dengan bahaya. Kebanyakan artropod, vertebrat, dan moluskaadalah bertelur. Sesetengah haiwan ini mengekalkan telur disenyawakan di dalam betina, cth. kala jengking dan kebanyakan mammalia, dan melahirkan anak tanpa menggunakan rahim.

Sebiji telur bunrung unta yang beratnya 1.5 kg (3.3 lb) adalah yang terbesar dan terberat masa kini sedangkan pada zaman purbakala, Aepiornis dan beberapa dinosaur yang lain mempunyai telur jauh lebih besar. Seekor Bee Hummingbird terkenal kerana menghasilkan telur yang terkecil iaitu hanya setengah gram. Telur-telur diletakkan oleh beberapa reptilia dan kebanyakan ikan mungkin lebih kecil, dan beberapa serangga dan lain-lain invertebrat mungkin jauh lebih kecil.

TELUR BUNGKUS ASLI ALA THAI

BAHAN-BAHAN
2 keping isi ayam dipotong kecil
1/2 biji bawang holland dicincang halus
1 biji tomato dubuang biji dan didadu kecil
1/2 batang daun saderi didadu kecil
1/2 peket sayur campur (carrot, jagung, kacang peas)
1 biji cili merah
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
Sedikit hirisan daun sup atau daun ketumbar
Secubit garam jika perlu
Minyak untuk menumis
2 biji telur ayam

PROSES PENYEDIAAN
1. Panaskan minyak dan tumis bawang holland sehingga sedikit layu.

2. Masukkan hirisan dada ayam dan kacau seketika biarkan sehingga isi ayam masak.

3. Masukkan hirisan tomato, batang saderi, cili merah serta sayur campur dan dikacau rata.

4. Perasakan dengan sos cili,sos tomato dan sos tiram dan kacau lagi.

5. Taburkan secubit garam jika perlu.

6. Sebelum diangkat bolehlah ditaburkan daun sup atau daun ketumbar.

7. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan seratakan keliling kuali.

8. Pukul telur ayam tadi dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan kuali sehingga telur sekata.

9. Letakkan inti ditengah2 dan bungkuskan telur tersebut.

10. Biarkan telur garing seketika dan bolehlah diterbalikkan ke dalam pinggan.

No comments:

Post a Comment